Ozil mula demam since hari Khamis. Ammi balik kerja Khamis tu ammi tengok dia tidur melepek dengan baju sekolah pun tak buka lagi. Muka dia memang merahlah. Abah tak ada haritu sebab ziarah makciknya yang meninggal di Melaka. Kyra ni puaslah dok kejut adiknya bangun mandi…adiknya tak bangun dia pun malas nak layan.
Jumaat kebetulan sekolah Ozil memang cuti sebab sekolah dia jadi pusat membuang undi. Demam dia on and off walaupun makan ubat ikut jam yang sepatutnya. Begitu juga Sabtu dan Ahad.
Letak tuala basah kat kepala kejap je kering.
Hari Ahad tu Ammi rasa macam lama nau demam dia dan memang dah layak bawak ke hospital. Demam dia pun macam lagi melampau2 panasnya. Agent insuran ammi kata terus je bawa ke Emergency Department hospital yang berdekatan.
Demam dia 39.8 masa ni. Dia dah cuak tengok orang menjerit-jerit sakit dekat Emergency Department. Ambil darah and Alhamdulillah bebas dengue, tapi simptom sakit joint, sakit perut mcm Chikugunya pun ada. Ammi cakap dengan doctor kalau ada bilik kosong silalah admit dia. Risau wei kat rumah panas dan macam bara api. Bila mandikan dia pakai air sejuk air yang keluar dari badan dia terus jadi air suam.
5 Comments
Semoga Ozil segera turun suhu badannya tu ya. Dah ada selera tengok kartun, petanda nak sihat dah tu, Ammi.
ReplyDeleteget well soon Ozil...cuti peristiwa syok sbb ujan pg dpt sambung tarik slimut smlm
ReplyDeleteSemoga Ozil cepat sembuh. Aamiin... Sekarang ni musim budak tak sihat. Anak² Fiza pun batuk sekarang ni.
ReplyDeletesemoga Ozil cepat sembuh ye..aamiin
ReplyDeletealaaa..encem boy ni...cepat sembuh ye..nanti bleh dtg majlis aunty SA
ReplyDelete