Si kecik ni, bila kita tanya dia setiap hari "do you have homework?"... NO jawapannya. Memang setiap hari NO memanjang sampai selalunya amminya ni akan selongkar bag sekolah dan check satu-satu buku dia.
Dijadikan cerita dia ni sebenarnya ada homework seni. Ammi tau pun sebab cikgu seni buat memo kat group whatsapp tentang anak-anak yang belum submit kerja seni. Bila terpandang nama anak sendiri terus gerammmmmm je ammi ni. Last date untuk submit hari Khamis sebab cikgu nak enter markah dalam sistem PBD.
Jadi semalam Selasa, balik kerja ammi tanya lagi, ada homework tak yang perlu buat, yang perlu hantar sebelum hari Khamis. Jawapan dia masih sama...NO. Ehhhh ammi dah bagi detail tu...masih NO lagi. Bila ammi tanya Cikgu Suriyati tu ajar subjek apa? Baru dia macam....oooooooo Alip kena sambung siapkan kerja rama-rama.
Ha...pergi sekarang jugak siapkan. Mulalah dia, mintak tolong kakak..."kakak boleh tak tolong Alip". Unfortunately, kakak ada homework yang agak banyak, kakak nak study semua jadi mak singa ni yang kena tolong. Padan muka. Bila ammi yang tolong memang kategori semua buat sendiri...ammi bagi arahan je.
9 Comments
alamak upah dia rare laaaa....sama mcm Opick la ni..ibu dia siap jadi macma ibu tiri zaman dulu2 nak dia abis siapkan homework
ReplyDeletecomeinya hasil nya tu..
ReplyDeletebetul tu..mesti nak bersungguh2..bukan main aci buat je kan
ehh... cantik pulak rama-rama tu. acik terpesonalah.
ReplyDeleteIni seni tahun berapa ni Ammi? Seingat akak macam anak2 tak pernah buat ni kat rumah. Kat sekolah tak sure lah pulak.
Semoga dengan sedekah Alip kepada kawan-kawan Allah lembutkan hati Cikgu Suryati bagi markah tingi untuk Alip...🤣
ReplyDeletePH pun akan bertukar jadi ibu singa bab homework ni. Nak² melibatkan markah PBD hehe...
ReplyDeleteWell done alip!
hehhehe silap besar la bila mummy singa yang kene tolong haahhaha... kalau dana tolong aiyan bt keje sekolah pn sama je bebel je lah manjang, dengan papa nya elok , semua papa tlg buatkan. Cantik hasil rama-rama tu la Alip
ReplyDeleteUish.. Upah dia tu.. Sabar jelah ye.. Mujurlah ada gurunya bubuh dalam whatsapp, kalau tak jenuh juga Ammi..
ReplyDeletehhahahaa sama la ngan bdk kenit kat rumah ni... bila tanya ada homework ke x, memanjang jawab takde.. tp dia la slalu msk list x siap keje rumah.. adoiiii!!!
ReplyDeletep/s : Tahniah, anda terpilih jadi top komentar untuk bulan lepas di blog anakomak.... nanti AMMI bagi alamat & ctc no ye
wahhhh cantiknya hasil rama-rama Alip! hehehe
ReplyDelete