سْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
SEJARAH DOA ASHABUL KAHFI
Doa Ashabul Kahfi ini adalah doa yang dibaca oleh 7 pemuda yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى hingga mendapat petunjuk daripada-Nya.
Doa ini dibaca oleh mereka ketika hendak masuk ke dalam gua sebagai tempat persembunyian untuk menyelamatkan agama mereka, agama yang hak dan bebas daripada segala fitnah dari orang-orang zalim.
Tidak lama kemudian Allah سبحانه وتعالى mengabulkan doa mereka dengan menjadikan mereka tertidur bertahun-tahun lamanya iaitu selama 309 tahun selepas mereka memasuki gua.
Dan apabila mereka bangun, keadaan masyarakat sudah berubah sama sekali. Rakyat dan rajanya yang berkuasa ketika itu adalah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah سبحانه وتعالى
Kisah Ashabul Kahfi terkandung dalam Surah Al-Kahfi dari ayat 9-26
FADHILAT DOA ASHABUL KAHFI
Doa Ashabul Kahfi amat baik dan sesuai dibaca terutama oleh:
1) Orang yang ingin menemui keimanan sejati.
2) Mereka yang ingin mendapatkan rahmat Ilahi.
3) Orang yang mengharapkan petunjuk dari Allah سبحانه وتعالى
4) Mereka yang dalam kebingungan dan ingin mencari jalan kebenaran.
5) Pejuang yang ingin menegakkan keagungan agama Allah سبحانه وتعالى
6) Mereka yang mahu mendapatkan kejayaan dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
7) Mereka yang ingin meraih kesihatan, kesejahteraan dan kebahagiaan abadi.
Wallahualam
Selamat Beramal. 🤍
Sumber: Perkongsian di Nur Al-Insyirah
7 Comments
banyak fadhilat surah kahfi ni
ReplyDeleteTq atas perkongsian 👍
ReplyDeleteAyat ke-28 juga bagus untuk kita tadabbur dan amalkan.
aamiin :) jom amalkan sama2
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ni. Doa yang bagus untuk diamalkan.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian..bagus amalkan doa ni
ReplyDeleteamin ya rabbal alamin
ReplyDeleteAamiin
ReplyDelete