In order for me to fold all the clothes, I need some kind of entertainment. Jadi, bila ammi dah letak bakul kain untuk dilipat depan TV, yang lain sila pass remote pada ammi. Jangan berani-berani kata "saya nak tengok bola, saya nak tengok kartun".
Scroll Netflix sekali nampak muka Tom Hanks uolls. Walaupun dah tua (eh macam kita muda lagi) kita tetap suka kat dia. So, marilah kita tengok cerita ni. A Man Called Otto.
Cerita ini adaptasi dari novel bertajuk A Man Called Ove hasil karya penulis Sweden Fredrik Backman dan tersenarai sebagai New York Times Best Seller untuk 42 minggu. No wonder dijadikan movie.
Tentang lelaki berusia 63 tahun, Otto Anderson, yang tinggal dipinggir bandar. Otto ni dilihat sebagai orang yang sangat patuh pada undang-undang, sangat teliti, sangat kemas, pembersih. 6 bulan lepas kematian isterinya, Sonya, Otto menjadi sangat sinis dan pendiam. Lepas bersara dia beberapa kali cuba untuk membunuh diri demi untuk "bersama" isterinya. Dunia dan memori dia memang banyak dengan isteri dia.
Kehadiran jiran barunya Marisol banyak membuat perubahan dalam diri dia dan menjadi sebab beberapa percubaan bunuh dirinya gagal.
And Otto ni juga jadi tempat rujukan penduduk kejiranan dia. Orang nak pinjam tangga cari dia, nak repair itu ini cari dia". Rupanya dilantik jadi macam ketua kejiranan sebab dialah orang yang berjuang menghalang pembinaan condo dikejiranan dia dulu, menghalang condo yang tidak mesra orang kurang upaya (sebab masa tu isteri dia paralysed akibat kemalangan).
Ada satu ketika Otto rebah selepas peristiwa pihak Dye & Merika tak berjaya ambil alih rumah milik jirannya Anita & Reuben. Marisol bawa dia ke hospital dan doctor maklumkan yang Otto ada masalah "big heart". Marisol gelak bagai nak rak sebab dia rasa lawak...padahal itu adalah masalah yang boleh membawa maut pada Otto.
Otto yang tau masa dia semakin hampir, mula mewasiatkan untuk bagi barang-barang dia pada orang-orang terdekat dia. Part ni sedih woooo..sebenarnya banyak lagi part kat atas-atas yang sedih sampai masa ammi lipat kain tu tak nampak, mana tudung mana baju. Penuh mata dengan airmata...ahaksss.
Tiga tahun kemudian, Tommy (suami Marisol) menyedari Otto tidak menyodok salji di laluannya seperti biasa. Marisol tau itu sangat luar biasa...dan dia terus berlari ke rumah Otto dan mendapati dia telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung, dan meninggalkan surat kepada Marisol yang mewariskan rumah, simpanan, trak baharu dan kucingnya. Berikutan hasratnya untuk pengebumian, jiran-jiran berkumpul untuk mengingati Otto.
Beruntunglah kita ni kan...ada anak, ada adik-beradik, ada anak buah, ada kawan-kawan. Semoga hari tua ammi nanti tidaklah kesunyian tanpa insan-insan yang ammi sayang.
Sapa rasa nak nangis-nangis, silalah tengok cerita ni. Yang suka cerita action movie, korang pergi cari cerita lain.
10 Comments
Nampak jugak cerita ni lalu-lalang kat Netflix saya hehe. Kebetulan hari ni menimbun baju utk dilipat boleh la kot tengok cerita ni sambil lipat baju.
ReplyDeletesedihnya ending Otto mati sorang diri. sipbaik ada jiran mcm Marisol..
ReplyDeletepernah ternampak kat tiktok tu lah nampak best tapi nk tgk tak boleh ada Edy kat rumah, kang kita nangis dia gelakkan lak.... maklum la kita hati tisu
ReplyDeletebaru tengok 30 minit citer ni. nanti nak cuba habiskan semua... sbb review mcm best je...
ReplyDeletebanyak kali tgk Otto ni. tp belum terdetak nak tgk. nnt kena tgk la.
ReplyDeleteCuya tak boleh nak tengok cite sedih ni... takut asyik teringt je benda sedih..
ReplyDeleteDengar kata citer ni best...mmg betullah ye. Dgn TH pulak yg berlakon, memang confirm terbaik 👍
ReplyDeleteaku suka gak cita sedih2 ni..dah add to my list dah tapi lum layan lagi..kena standby tisu ni
ReplyDeleteRamai kata citer ni best..SA x tengok lagi..eh nak tengok la nanti
ReplyDeleteini kalau nak layan sedih memang sesuai ini.. huhuhu..
ReplyDeleteBaca review ammi pun dah sedih..