Its been a while since I last join any GA.

Hari Ammi buat entry ni hari Jumaat sebenarnya.  Offday harini.

Dah alang-alang duduk depan laptop di hari cuti ni marilah kita luangkan masa buat auto published entry untuk participate and bagi sokongan pada rakan blogger yang lain.

Yang berminat nak join sila tekan banner kat bawah.  Syarat ke-4 agak menarik.  



Antara syarat-syarat dari empunya blog adalah:-

1. Wajib follow blog ini. 👍
2. Follow instagram @fzhmdnr @artotes.co @walldecormy 👍 (nestumsusu done follow)
3. Post gambar poster di atas dan backlink kan pada entri ini. 👍
4. Tuliskan satu sahaja quote/quran verse that always make your day & the reason for you to stay alive! 👍
5. Letak link entri penyertaan korang pada ruangan komen di bawah. 👍


Masih teringat muka ustaz yang ajar mengaji dikala usia ammi 11-14 tahun.  Ustaz berbangsa India Muslim.  Untuk ke tempat mengaji kami perlu berjalan jauh (ada jambatan dan kena bypass kandang lembu).  Pernah satu ketika, di tengah perjalanan hujan lebat dan kami semua (lebih kurang 6 orang) basah lencun walaupun berpayung.  Habislah Al-Quran basah, buku tulis basah dan ada sorang teman kami jatuh dan berlumpur dan terkena najis lembu diseluarnya.  

Waktu ustaz sambut kami di muka pintu ayatnya... 

Masya Allah anak-anak saya.  
  
فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا

Walau hujan tetap datang, walau jatuh tetap datang,  Allah hadiah syurga.

Ustaz ini agak tak pandai berbahasa Melayu, tapi arwah mama & aca tetap juga hantar sebab bukan saja diajar kami mengaji, kami juga dia ajar sirah, feqah, tauhid dan adab.  

Semoga Allah limpahkan rahmatnya buat Ustaz.  Ammi tak ingat nama ustaz tu, tapi wajah tuanya, ikhlas senyumannya masih jelas terbayang.

Sejak dari itu, sebagai orang yang lahir bukan dilimpahi dengan kesenangan, ayat ni memang sangat mengingatkan supaya jangan pernah penat untuk berusaha keras.