Masa ammi kahwin back in 2004, banyak juga hadiah ammi dapat.  Kalau daripada office lama ammi... all pink uolls.  Sangat mendajal mereka ketika itu dan mastermindnya tak lain tak bukan arwah Ina.  Dia berkawan dengan ammi since 1992...since we were form 1.  Jadi baik buruk ammi, kesukaan ammi, yang ammi benci semua ada ditangan dia.  


Hingga hari ini ammi masih lagi guna set pinggan mangkuk dari office lama.  Bukanlah guna since kahwin...tapi pinggan tu ammi baru je buka dari kotak dan guna dalam 3 tahun lepas.  Rasa semakin ammi berusia, semakin ammi boleh terima kehadiran warna pink dalam hidup.

Blender pink bertahan hanya untuk 12 tahun sahaja.  Berasap-asap dia masa last berkhidmat.


Hanya 4 unit bagi setiap set...jadinya memandangkan kami berlima dalam rumah, ammi keluar dan guna terus dua-dua set ni.  Ammi pergi juga ke mall yang ada jual claytan set ni..tapi kebanyakkannya tak ada corak ni.  Kalau ada boleh gak topup untuk tambah set supaya seragam.  Aterrrr dah lepas 15 tahun baru ko heboh nak bukak kotak dan guna... corak pun dah obsolete.

Lagi satu yang masih diguna... sauce pan hadiah daripada blogger famous disuatu ketika Fillanie.  Ehhhh kenapa ko dah senyap sunyi je Filla?  Filla was my classmate masa diploma.  Kepala 3/4 suku dia dari muda sampai ke tua tak hilang-hilang.  


Masak soup, masak maggi, masak lomak, kadang-kadang goreng ayam pun dalam ni jugak.  Bagus periuk ni... thank you filla.

Ammi ingat dia datang wedding ammi, pastu dia macam..."weiiiii tak apa ke pengantin lelaki rambut panjang?"... sebab rambut abah panjang masa nikah..masa sanding.  So, lepas tengok rambut abah panjang... dia pun bukan main girang sebab Pak Radie tak payah potong rambut masa dorang nak nikah nanti.  Tak silap ammi dorang nikah bulan 9 ke 11 ntah ditahun yang sama.  

Itu jelah rasanya yang masih digunakan.  Ada yang masih berfungsi tapi guna jarang-jarang contohnya multicooker hadiah dari team Weathernews Malaysia.  Mana hilangnya Mr. Bob agaknya.  Ada juga set sudu garpu yang masih digunakan walaupun dah tak lengkap sepenuhnya sebab sudu & garpu memang biasa jadi mangsa buangan tanpa sengaja disetiap rumah.