Haritu masa pertama kali makan macam dah serik nau bunyinya. Tup tup tak sampai sebulan kemudian ehhhhh dia order balik.
Dijadikan cerita, Khamis lepas ammi keseorangan di office sebab boss tak masuk. Memang selalulah pun keseorangan, makan sorang-sorang. Bila dah sorang, tiba-tiba macam lapar sangat, tiba-tiba taknak minum shake waktu lunch macam biasa. Tiba-tiba tangan gatal nak order itu ini.
Dan apps tu pulak suggest to "Order Again". Orang dah bagi cadangan kita jangan sombong...jomlah re-order.
Ye...saya order semula Fire Dragon Monster Burger yang pedas melantun ni. Kalini baru nampak sayur-sayurannya.
Ok..makan kali ke-2 pedas dia dah boleh kawtim dengan lidah dengan tekak semua. Macam dah tak terasa pedas sangat.
Mungkinkah akan ada kali ke-3? Boleh tahan sedap sebenarnya burger ni dan ayam dia tu tengoklah...bukan main gemuk lagi. Kiranya kenyang sampai ke petang.
5 Comments
Tebal sungguh2 tu haa
ReplyDeletenampak kecik je but tinggi..bab pedas tu alamak.. jarang makan texas
ReplyDeletekalo yg suka menu pedas pasti ok...kita xleh mkn yg pedas2 sgt
ReplyDeleteKalau SA..x kuasa penga dah burger ni..SA makan macam makan nasik
ReplyDeleteHarapnya dia terus maintain kualitilah.. Pedih bila beli okay, lepas tu tak okay, lepas tu okay.. hehehe
ReplyDelete