Jangan keliru...dia ni masak ikan ke masak ayam.  Nama ikan ni memang ikan ayam.  Pertama kali ammi dengar nama ikan ni masa kecil dulu.  Biasanya arwah mama akan beli ikan dan sayur dari apek yang menjual naik motor.

Apek tu macam "Malay Moi, tanya amak mau ikan ayam ka ta mau?  Masak kari manyak sedap".  Setahu ammi apek ni tak jual ayam...tapi yang dia tanya ni ikan ke ayam?  Keliru yang tersangat keliru.  Terpaksalah mama yang keluar cari lauk kat apek ni.


Gambar kredit Umpan.

Haritu ammi nampak orang share resepi ni dekat Facebook (Sid Tartella).  Katanya kalau orang-orang pulau confirm tau masak lauk ni.  Memandangkan kita bukan orang pulau..dan alang-alang dia dah share.  Kita pun passlah resepi tu pada suami kita dengan harapan dia rajin nak mencuba.  Dan Alhamdulillah...tau-tau balik kerja esok hari dah siap resepi.  

Kalau korang cari FB Sid Tartella ni ada video masakkannya.  Lebih mudah nak faham.  Katanya rasanya macam asam pedas tapi "next level" punya.  

Bahan-Bahan
Ikan Ayam-Ayam (direbus selama 30-45 minit), ambil isinya sahaja.
Serai
air asam jawa
Serbuk Perasa
Garam
Kangkung (rendam dengan air garam)

Bahan Kisar (silalah agak-agak ikut berapa jumlah ikan)
Cili kering
Bawang Merah
Bawang Putih
Kunyit
Lada hitam
belacan
air 

Cara:
1.  Tumis bahan kisar, masukkan serai dan masaklah sampai pecah minyak
2.  Masukkan bahan perasa secukupnya
3.  Masukkan isi ikan dan air asam, biar dia sebati dan elok pecah minyak
4.  Masukkan kangkung (tak cukup air relax je sbb kangkung akan keluarkan air nanti)
5.  Dah sebati, perghhhh nak tunggu apa lagi?
6.  Tak reti nak letak nasi dan makan?


Memang sedap rasanya uollss.. ke sebab kita dah biasa makan asam pedas jadi rasa resepi ni memang sangat-sangat boleh diterima tekak.  Part yang renyah mungkin part nak rebus dan kopek isi ikan tu jelah kot.  Tapi sebab bukan ammi yang masak, jadi rasa macam nak mintak abahnya masak lagi sekali.  Ahakss.