Ammi mula dapat lesen kereta tahun 2006 ke 2007 ntah.  Abah yang beriya-iya suruh ammi ambil lesen kereta.  Gigih tau ammi balik Seremban tiap Jumaat petang sebab nak belajar memandu hari Sabtu Ahad.

Bila dah dapat lesen, ammi berpeluang bawak kereta sekali je.  Sebab??? Bukan takut ek...bukan.  Korang jangan nak kata ammi takut.  Abah yang takut ammi bawak kereta.  Rasanya tak adalah melampau-lampau ammi drive masa kat highway Lekas tu.  Elok je ammi ikut peraturan, bagi signal, ikut speed...dia yg gelabah.

Asal ammi request nak bawak kereta je dia kata, "takpe biar saya bawak, takpe awak duduk je sebelah"..... ehhhhh abih hairtu beriya bagi duit suruh amik lesen dah kenapa?


So, sekarang memang renew saja-saja je.  Buat perhiasan dalam wallet.  Ammi pun taktau kalau diberi keizinan untuk kembali tekan pedal minyak tu ammi masih ingat atau tidak caranya.

Ada kalanya pernah tau, ammi tidur malam ammi terjaga siap letak tangan kat dada abah.  Ammi jadi risau, what if tiba-tiba abah tak ada...macam mana ammi nak teruskan hidup tanpa "drive".  Macam mana ammi nak jemput hantar anak-anak ke sekolah, jemput Khilfi kat asrama nanti.  Ini semualah ni penyebab ammi tak boleh tidur malam.

Suami oh suami...silalah izinkan saya pandu kereta.