Lesen

 


Ammi mula dapat lesen kereta tahun 2006 ke 2007 ntah.  Abah yang beriya-iya suruh ammi ambil lesen kereta.  Gigih tau ammi balik Seremban tiap Jumaat petang sebab nak belajar memandu hari Sabtu Ahad.

Bila dah dapat lesen, ammi berpeluang bawak kereta sekali je.  Sebab??? Bukan takut ek...bukan.  Korang jangan nak kata ammi takut.  Abah yang takut ammi bawak kereta.  Rasanya tak adalah melampau-lampau ammi drive masa kat highway Lekas tu.  Elok je ammi ikut peraturan, bagi signal, ikut speed...dia yg gelabah.

Asal ammi request nak bawak kereta je dia kata, "takpe biar saya bawak, takpe awak duduk je sebelah"..... ehhhhh abih hairtu beriya bagi duit suruh amik lesen dah kenapa?


So, sekarang memang renew saja-saja je.  Buat perhiasan dalam wallet.  Ammi pun taktau kalau diberi keizinan untuk kembali tekan pedal minyak tu ammi masih ingat atau tidak caranya.

Ada kalanya pernah tau, ammi tidur malam ammi terjaga siap letak tangan kat dada abah.  Ammi jadi risau, what if tiba-tiba abah tak ada...macam mana ammi nak teruskan hidup tanpa "drive".  Macam mana ammi nak jemput hantar anak-anak ke sekolah, jemput Khilfi kat asrama nanti.  Ini semualah ni penyebab ammi tak boleh tidur malam.

Suami oh suami...silalah izinkan saya pandu kereta.  

Post a Comment

5 Comments

  1. Kita serupa 🤭
    Ada je lesen tu, suami sentiasa renew.

    Amik lesen masa zaman belajar, lepas kawin sempat jugak bawak beberapa tahun - pergi kerja, beli barang. Tak jauhlah.

    Lepas tu dah takde keperluan keluar, tak bawak. Sekarang suami suruh cuba bawak, kita dah tak berani la pulak tengok sesak jalan raya 😄

    ReplyDelete
  2. Hahaha.. kita plak teringin ada 'drebar' sbb dah penat asyik kena drive je... tp mmg faham, ramai je yg ada lesen tp tak pratikkan smp jadi takut nak drive bila ada peluang.. hehe takpw ammi, insyallah satu hari nnt ami meti ada peluang dpt drive blk.
    Eh psstt nak jd driver kita tak? 😆

    -anakomak@retna-

    ReplyDelete
  3. aku dulu pun takat drive pegi & balik keja je la.. itu je. and gi kedai dekat2 la..
    kalau pegi mana2 tu, kat hiway..puas la minta nak drive..nak try la kan, arwah memang x kasi but now alhamdulilah..berani dah la skt2...cuma kalau malam2 tu aku x suka drive kat hiway la..sbb gelap kan & lori banyak.
    doa yg baik2...moga cik suami panjang umur, sihat selalu...aamiin.
    aku pun drive auto je, manual x reti dah...

    ReplyDelete
  4. SA lepas bangun dari koma memang x bawak langsung kereta, x reti dah..lesen pun SA x renew sampai sekarang..selesa x bawak kereta..lepas ni En Tunang suruh pi belajar and hidupkan balik lesen...tengok la kalau rasa nak belajar balik..hahahaha

    ReplyDelete
  5. Kita terbalik sungguh posisinya 😄. Suami menyuruh saya untuk ambil driving license, tapi sampai skr saya tak nak. Rasanya trauma dari accident hebat bberapa tahun lalu, masih melekat lagi

    Apalagi setelah pindah ke Jakarta, orang2 sini bawa mobil (kereta) macam di track Sentul. Jaraknya pun dah kayak mau nempel. Kayak mana saya tak seram 😂😂. Dah lah kemana2 pun ikut suami atau order taxi je.

    ReplyDelete