Mentua yang baik adalah bonus untuk semua menantu.  Alhamdulillah ammi dikurniakan bonus itu.  Ammi tak ada ibu mentua kandung.  Ada ibu mentua tiri tapi baik juga cuma tak rasa sepenuhnya perasaan ada ibu mentua  

Bab ayah mentua ...ammi sangat bersyukur Allah hadirkan abah dalam hidup.  Sekurang-kurangnya dengan berkahwin dengan abah ammi dapat abah mentua yang sangat-sangat-sangat-sangat baik.


Sehari lepas majlis sambut menantu di Melaka arwah abah dah tanya, "ko suka makan apa, suka makan ikan apa, suka daging tak?".. ha gitu.  Suspen gak kalau-kalau arwah abah nak gi pasar pastu suruh ammi masak.

Rupa-rupanya, abah nak masakkan lauk ikut citarasa menantu dia ni.  Ya Allah, terharu sangat.  Lauk pertama arwah abah masakkan untuk kami adalah sambal ikan cencaru, sup tulang.  Sedapnya tak boleh nak cakap camna ntah.  Sampaikan ammi lupa ammi ni kat rumah mentua ...hari pertama dah buat aksi "terhirup sup dari pinggan".  Arwah abah perasan yang ammi "termalu" jadi abah cakap...makan ajalah..apa nak malu.  Ini rumah kau jugak.

Arwah abah tau ammi punya juadah breakfast kesukaan.  Ammi sejenis yang suka lontong, soto, mihun sup, mee bandung (pendek kata yang jenis berkuah) untuk sarapan.  Jadi kadang-kadang tu bangun je tidur memang dah tersedia atas meja.  

Kalau bab nak makan ikan stim abah kata "orang lain masak lain, ikan stim abah suka kalau La yang buat".  Auewwwww sekurang-kurangnya adalah benda yang ammi tau masak.  Ahaksss.

Masa ammi nak bersalin, awal pagi Arwah Abah dah sampai ke hospital.  Dekat ward, Arwah Abah sapukan minyak panas kat kaki ammi pakaikan stokin sebab arwah abah kata kat dalam labour room nanti sejuk sangat.  Ya Allah, nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan wahai Sharmila.  

Banyak lagi momen manis dengan arwah abah sebab tu masa arwah abah kritikal di hospital, ammi sampai tahap kena potong gaji sebab "takut" nak balik KL.  Takut kita tak ada waktu abah nak pergi...Alhamdulillah kami semua saksikan dengan mata pemergian abah.

Terima kasih Allah kerana pinjamkah abah mentuaku Mohamad Jamil bin Baba selama 14 tahun.