Mentua Yang Baik Itu Rezeki

Mentua yang baik adalah bonus untuk semua menantu.  Alhamdulillah ammi dikurniakan bonus itu.  Ammi tak ada ibu mentua kandung.  Ada ibu mentua tiri tapi baik juga cuma tak rasa sepenuhnya perasaan ada ibu mentua  

Bab ayah mentua ...ammi sangat bersyukur Allah hadirkan abah dalam hidup.  Sekurang-kurangnya dengan berkahwin dengan abah ammi dapat abah mentua yang sangat-sangat-sangat-sangat baik.


Sehari lepas majlis sambut menantu di Melaka arwah abah dah tanya, "ko suka makan apa, suka makan ikan apa, suka daging tak?".. ha gitu.  Suspen gak kalau-kalau arwah abah nak gi pasar pastu suruh ammi masak.

Rupa-rupanya, abah nak masakkan lauk ikut citarasa menantu dia ni.  Ya Allah, terharu sangat.  Lauk pertama arwah abah masakkan untuk kami adalah sambal ikan cencaru, sup tulang.  Sedapnya tak boleh nak cakap camna ntah.  Sampaikan ammi lupa ammi ni kat rumah mentua ...hari pertama dah buat aksi "terhirup sup dari pinggan".  Arwah abah perasan yang ammi "termalu" jadi abah cakap...makan ajalah..apa nak malu.  Ini rumah kau jugak.

Arwah abah tau ammi punya juadah breakfast kesukaan.  Ammi sejenis yang suka lontong, soto, mihun sup, mee bandung (pendek kata yang jenis berkuah) untuk sarapan.  Jadi kadang-kadang tu bangun je tidur memang dah tersedia atas meja.  

Kalau bab nak makan ikan stim abah kata "orang lain masak lain, ikan stim abah suka kalau La yang buat".  Auewwwww sekurang-kurangnya adalah benda yang ammi tau masak.  Ahaksss.

Masa ammi nak bersalin, awal pagi Arwah Abah dah sampai ke hospital.  Dekat ward, Arwah Abah sapukan minyak panas kat kaki ammi pakaikan stokin sebab arwah abah kata kat dalam labour room nanti sejuk sangat.  Ya Allah, nikmat mana lagi yang ingin kau dustakan wahai Sharmila.  

Banyak lagi momen manis dengan arwah abah sebab tu masa arwah abah kritikal di hospital, ammi sampai tahap kena potong gaji sebab "takut" nak balik KL.  Takut kita tak ada waktu abah nak pergi...Alhamdulillah kami semua saksikan dengan mata pemergian abah.

Terima kasih Allah kerana pinjamkah abah mentuaku Mohamad Jamil bin Baba selama 14 tahun.


Post a Comment

13 Comments

  1. sama ciknur pun hanya ayah mertua dan sgt baik orgnya. walau tinggal di Melaka tp rajin ziarah ank cucu kat KL ni.
    alhamdulillah
    Al fatihah

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..yes mentua yg sgt is rezeki sgt.. aku pun..alhamdulillah, dua2 mertua aku plus ipar2 semua baik2 sgt ngan aku & anak2 walaupun suami aku dah x de... semua sgt membantu & give full support..alhamdulillah
    al fatihah buat arwah bapa mertua ko...

    ReplyDelete
  3. apa ni kak, buat drama potong bawang pagi-pagi ni... alfatihah buat arwah abah mentua akak ya. Ya memang rezeki bila dapat mentua yang baik pada kita.... layan mcm anak nya sendiri

    ReplyDelete
  4. Syukur ammi dapat abah mertua yang best...SA ni x merasa ada mak mertua pun..ayah mertua ada masa kahwin pertama dulu la..untuk kali kedua ni...SA xde jugak mak or ayah mertua...so memang x de rezeki nak rasa pengalaman ada mertua...tapi...SA ada abang ipar, biras dan adik ipar..yeayyy

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah, jarang dengar ni Ammi, kisah bapa mertua yg jaga menantu perempuan macam anaknya sendiri. Semoga roh abah mertua Ammi dicucuri rahmat, Amiiinnn YRA.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah rezeki dapat mertua baik . Tengok dari gambar pun nampak orangnya chill .. =)

    ReplyDelete
  7. Rezeki tu pelbagai cara Allah nak sampaikan :)

    ReplyDelete
  8. Setuju sangat2... juga setuju dengan komen Syaz!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah rezeki yang tak semua orang dapat. Menantu kesayangan la ni :D

    ReplyDelete
  10. bapa mertua abe kie x byk cakap. mungkin sbb isteri abe kie adik beradik x membesar dgnnya. bila dah tua ni baru dia balik tinggal d kg.

    ReplyDelete
  11. Al Fatihah untuk Abah mertua kakak 🙏.

    Memanglah, dapat mertua yg sangaaat baik itu nikmat sangat. Karena tak banyak yg bisa merasakan itu. Saya sering denger keluhan teman2 yg mana mereka tak cocok dengan mertua, saling ribut, begaduh.

    Alhamdulillah saya pun tak merasakan. Dapat mertua super friendly, suka traveling macam saya, Krn itu kepergian mereka saat COVID betul2 bikin down mental kami semua.

    ReplyDelete