Dah hampir 2 minggu ammi ada masalah bergaduh dengan laci "mangkuk tingkat" nan satu ni. Apsal ntah tak boleh nak buka. Disebabkan tak boleh tak adalah kita pakai mascara kita tau.
Tak boleh buka satu hal, ammi suspect ada yang tumpah di dalam tu sebab ada barang-barang di laci sebelah bawah rosak.
Lencana sekolah Khilfi ni ammi letak di laci bawah tu sama dengan tisu-tisu, dan segala mak nenek jarum peniti. Dari putih melepak terus jadi macam hijau-hijau gitu. Ini pun lepas ammi cuba basuh masih tak hilang hijaunya. Macam boleh lupakan jelah hasrat untuk nak tampal di baju. Buruk rupanya.
Lepas je Ozil discharged dari ward haritu, ammi pun gigihlah bawak keluar laci tu dan dengan ganas cuba cabut. Memang macam melekat kaw-kaw ada gam gitu.
Bila berjaya cabut, hambik kau. Berlemuih kat dalam tu. Minyak attar abah rupanya yang tumpah tu.
Tumpah tu tak kisahlah...yang jadi berlekuk sampai bocor gitu kenapa? Ada acid ke?
Ammi buang je terus lagi pun memang abah jarang-jarang guna sebab kuat nau bau dia. Ammi tak suka. Kang abah calit-calit kat tangan ngan telinga berlekuk pulak tangan dan telinga suami kitewwww. Canerrrr?
4 Comments
Adoi la Ammi ni, tak pernah tak kelakar :D
ReplyDeleteTapi pernah gak ada box ala2 camni ,letak brooch. Bila tersangkut tu, sampai punah ranah la kena tarik nak keluarkan brooches & segala mak nenek dlm tu.
erkk berlekuk tangan dan telinga?hahhaha bab minyak wangi, rasanya memang menghakis,kami pernah kena minyak wangi yg pemes tu jenis untuk kereta, dia menghakis rupanya,ada banyak bahagian dalam kereta sikit berlubang terhakis catnya
ReplyDeletedgn laci pun leh gaduh kita ni kan.. ha ha ha... ada je kann
ReplyDeleteHahaha..kalau telinga berlekuk, kira dah jadi rare breed la ammi
ReplyDelete