Biasanya setiap weekend kalau selepas Subuh mesti si bongsu ni akan menyelinap masuk bilik dan menyelit dalam selimut.  Kita kasilah dia can sambung tidur ye sebab hari sekolah dah sah-sah pepagi dah mandi kena ke sekolah.

Ammi pula lepas Subuh weekend ammi ambil peluang mengaji lebih sikit mukasurat. Selalunya kalau weekdays lepas Subuh tak sempat apa terus je kejar naik bus ke KL. Gitulah rutin mereka yang berulang Seremban - KL setiap hari.

Dijadikan cerita, tengah ngaji ammi perasan selimut bergerak-gerak lembut dari bawah naik ke atas.  Si bongsu memang dah lena.  Dalam otak ammi terfikir ular je.  Seriau sekarang banyak kes ular atas bumbunglah, dalam sinki dapur la…ngeri.


Ammi selak selimut tu ehhhhhh ada si Poppy a.k.a Popia Nasuha ni rupanya.  Dari bawah selimut dia nak juga berbantalkan lengan abang dia ni.


Eh tanjat dia ammi selak selimut...kacau daun betul ammi ni kan.


Sekarang ni nama dia dah jadi Popia Nasuha…ayu tak namanya? Semenjak ammi mandulkan dia, dia dah tak seagresif dulu.  Baik je duduk dalam rumah.  Nak dengar dia mengeow pun payah. Bila ammi siapkan makanan dia pun, dia baik je menunggu tak macam si Garfield.