Baju sukan ke sekolah?

Siapa yang bersetuju untuk pemakaian baju sukan dikekalkan di sekolah?  Ammi

Siapa yang bersetuju untuk tidak mewajibkan pemakaian uniform sekolah?  Ammi


Ammi setuju sangat kalau murid-murid terus memakai pakaian sukan ke sekolah.  Uniform sekolah mahal ok...walaupun untuk murid tahap 1 sepasang mau cecah harga RM60.00.  Kalau untuk budak tahap 2, lagilah lain harganya.  Lebih besar size lebih mahal harganya.

Nak-nak sekarang ni kat sekolah macam-macam baju ada.  Baju PJ, baju koko, baju corporat sekolah, baju segala mak nenek ada.  Uniform tu memang masih suci lagi warnanya.

Tapi kita follow jelah apa keputusan pihak Kementerian.  Nak suruh pakai uniform sekolah kita pakaikan, nak suruh pakaikan baju sukan saya alu-alukan.  Cumanya janganlah suruh ibu bapa sediakan macam-macam jenis baju.  Yang berduit insyaallah boleh, yang ada kekangan pendapatan kesian tau.  Kesian juga kat anak-anak tu bila kawan lain pakai tapi dia tak pakai.  

Post a Comment

15 Comments

  1. Setuju pakai baju sukan sekolah je, jimat masa dan letrik nak menggosok baju seragam sekolah. Tapi pelajar perempuan still kena gosok tudung sekolah hehe.

    Part kesihatan mental ibu lebih baik mungkin tak terpakai utk semua. Kalau dari kecik dah didik anak2 gosok baju sendiri, tak perlu la ibu yg nak stress gosokkan baju sekolah anak2. Ke stress bila anak lupa nak gosok baju lepas tu pergi sekolah dengan baju keronyok? 😜

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya takdalah mental sngat nak iron...cumanya level malas tu macam hapa je.

      kadang-kadang terpikir...mujurlah suami kita kalau gi kerja pakai apa yang ada je. dibuatnya dulu jodoh dengan abg baju uniform lagi naya. Yang tu lagi confirm iron kena teliti

      Delete
  2. aku sokong je mana pun but yes, jgn suruh beli mcm2 lagi baju sudah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada je ayu..baju korporat/keparat ehhh..tercarut pulak

      Delete
  3. Akak lagi suka anak pakai baju sukan, rasa lebih selesa tapi masalahnya anak tu lagi suka pakai uniform.. hurmmm...

    ReplyDelete
  4. Cuya rasa lebih elok pakai baju sukan, cuaca Malaysia panas lit lit..
    Bagus juga kalau budak-budak berpakaian ringan , takdelah diorang tk selesa dan kepanasan. Senang juga buat aktiviti dan bebas bergerak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.
      ammi pun rasa selesa dimata bila tengok dorang pakai baju sukan. entahlah kenapa, tapi bila tengok budak pakai baju sekolah di musim panas terus rasa gatal2 je kat belah leher ni.

      Delete
  5. PH pun prefer baju sukan. Lebih mudah dan selesa.
    Tapi Angah dan Kakak dah start pakai baju pengawas & PRS balik utk hari Jumaat. Dah la 1/2 day, lagilah rugi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dgn sekolah Kyra..every monday & friday dah kena pakai uniform. tp dia dah besar oklah.

      Delete
  6. betul.jimat masa dan lebih selesa.jimat tenaga cuci baju sekolah yang kotor lebur tu juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye..jimat tenaga bab nak menggosok tang leher tu

      Delete
  7. elok truskan baju sukan je..mudah

    ReplyDelete
  8. Kenapa sy sorang jer kat sini setakat ni yg setuju pemakaian uniform dikekalkan? 😆 Bukan pasal dah tak ada anak sekolah ya, tapi bagi sy, pemakaian uniform lebih kemas dan membentuk disiplin pelajar dalam berpakaian. Baju sukan boleh pakai hari yg ada subjek PJ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf ya tp ini pula pendapat sy.. Btl puan, mmg nmpk lebih kemas dan disiplin.. tetapi, perlu jgk ambil kira suasana pembelajaran. Kalu fasiliti ade aircon, atau sekurang2nya kipas yg berfungsi dgn baik, tandas yg bersih, ok laa.. tp keadaan sekolah kite tidak sesuai utk murid berpakaian uniform.. dgn kipas xberfungsi, bilik darjah tiada pengudaraan yg baik, bilangan pelajar dlm 1 kelas ada yg mencecah 45 orang.. ohh, sgt panas dan merimaskan.. especially kalu pengawas, dgn tali leher dan vest.. jgn budak pengsan sudah.. kite perlu wujudkan suasane pembelajaran yg selesa utk anak2 dahulu.

      Delete