Bila diri disayangi

Balik dari tengok perarakan di Padang MBS...ammi terus cakap dengan abah yang ammi rasa nak masak harini.  Abah macam..."eh birthday awak takkan awak nak masak".  Alahhhh chill lah...birthday orang lain pun dorang masak juga, kena pergi kerja juga.  Kebetulan birthday kita satu Malaysia cuti takkan dengan kita pun cuti juga.  

Ammi plan nak masak nasi ayam je.  Senangkan...sekali harung takyah beriya nak tumis sana sini bagai.  Lagipun rasa semangat nak masak sebab ada seketul anak yang di asrama kata "dah lama abang tak makan masakan ammi".  Membuak-buak semangat tu.


Cuba ingat balik resepi sos kicap arwah mama...tapi hampa belum berapa nak jadi.  Takpe...kita cuba lagi sampai jadi.  Sup tu kosong je, daun sup ilek, daun bawang ilek.  Tapi cukup rasa.  Alhamdulillah.  

Pagi masa ammi tengah tengok perarakan tu makcik ammi call.  Ammi tak berapa nak dengar sangat sebab bisingkan...ammi dengar dia cakap "Sila, nanti datang rumah Wak...kejap pun jadilah".  Sila tu bukan "silakan jalan"...memang makcik-pakcik belah arwah mama panggil kita Sila..orang jawa payah nak sebut SH agaknya.

Pepetang sikit, ammi pun pergilah rumah Wak...dekat je dengan rumah.  Wak pun dah berusia. Nak jalan pun dah susah.  


Wak tau ammi suka pulut kuning...jadi dalam pada sakit kaki tu wak buatkan juga pulut untuk birthday ammi.  Hmmmmm terus sebek seketul ammi ni.  Ada juga orang nak layan kita selepas mama dah tak ada ni.


Thanks Kak Ngah sebab tolong wak buat pulut sesama dengan wak.  Siap buat jelly kelapa untuk Kyra lagi.  Memang burn teruk muka ammi... hitam merah-merah jadinya.


Siap tapau bawak balik lagi...punyalah seronok si Kyra hadap jelly ni.  Dulu arwah mama kalau ada je kelapa muda dan tau Kyra nak balik confirm mama buatkan jelly ni untuk dia.


Wak bagi ammi hadiah.  Anak-anak buah yang lain..sila jangan jeles dengan kita ye.  Wak bagi kita hadiah.  Ahaksss. Wak Mah ni kakak pada arwah Mama.  Umur dah 70++ gigi masih cantik uollss.  Gigi ammi pun dah rompong-rompong belah dalam.  Gigi wak semua masih kukuh.

Terima kasih Wak.  Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat Wak (Siti Mahmuda binti Wirio).  Bab kaki tu kita tak boleh nak buat apalah kan...tapi yang lain tu insyaallah.

Post a Comment

20 Comments

  1. alhamdulillah...inilah dinamakan rezeki

    ReplyDelete
  2. Mesti Ammi anak buah kesayangan Wak kan? Ahaks. Gurau2 je. Terharu bila ada orang bersusah-payah nak celebrate birthday kita kan. Siap buat pulut kuning feveret ammi lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak adalah..tapi masa kecik rajin juga kalau cuti sekolah gi tinggal kat rumah wak ni

      Delete
  3. Cantik pulak bentuk pulut kuning tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...kalau ammi ha masuk terus dalam mangkuk tak ada nak hias2 bagai

      Delete
  4. alhamdulillah.. moga wak diberikan kesihatan selalu...aamiin...

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Ada yang sayang dia.
    Memang kagumlah pasal gigi Wak yang masih elok di usia 70-an.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ammi pun jeles...anak-anak dia pun jeles

      Delete
  6. Terharunya…baik hati sungguh Wak, ingat dan raikan birthday Ammi. Untung sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...alhamdulillah masih ada yg peduli pada anak yatim piatu ni

      Delete
  7. bestnya bila diri disayangi..anugerah terindah pastinya

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah...rezeki namanya tu ammi..alhamdulilah juga ada mak saudara yang baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...hargailah dia sementara masih ada ni ek

      Delete