Si anak bulu yang namanya Garfield ni memang dah banyak lemak tau. Dia suka melepak kat taman bunga jiran sebelah rumah. Pastu bila dia masuk dalam rumah habis segala rumput kering, tanah melekat kat bulu dia yang kembang-kembang tu. Nak cium pun tak lalu.
Pagi Ahad tu ammi cakaplah kat dia "Apil, lepas ammi sarapan ni, ammi mandikan awak ye". Ehhhhh boleh tak dia terus lari laju-laju panjat atas kabinet dapur. Pastu duduk kat situ lamalah jugak. Memang paham bahasa ke apa kucing ni?
Puas pujuk taknak turun dia. Ehhh banyak akal kamu ye.
Ammi marah dia, lagilah dia tegakkan kepala pastu bulatkan mata. Melawan ke tu? Jangan macam-macam. Ammi tak bagi makan karang naya kamu.
Last sekali caranya...acah-acah ambik mangkuk makanan dia. Hmmmm terus kalah. Memang kuat makan betul si gendut ni.
Kucing lain ammi tengok kat TikTok elok je mandi dalam besen. Siap berendam dalam air lagi. Dia ni banyak hal betul. Tak pasal-pasal kena jentik telinga dia.
6 Comments
Comelnya beliau!
ReplyDelete
ReplyDeleteAmboi, tau pulak dia bila sebut mandi tu ye. Lain kali ammi diam2 je takyah bagitau cekau terus masuk dalam bilik air! 😂
kucing warna oren memang cuteeee...garfield tu my fav soft toys zmn remaja dan bujang..memang set kusyen keta, set cadar bantal beg segala2nya garfield tp zmn dulu mana ada handphone nak snap2 gmbr sbg throwback
ReplyDeleteAlolo comelnya Garfield! Pandai lari tak mahu mandi 😆
ReplyDeleteHahaha Ammi, Mak saya kalau bercakap dengan mana-mana kucing, memang kucing tu faham ye...cer saya yang try bercakap, sampai kesudah kucing tu buat taktau jek hahahaha..
ReplyDeleteha ha ha..bijak dia. aku sampai sekarang x berani nam mandikan kucing. hantar vet je dulu
ReplyDelete