Hari Selasa atau Rabu lepas ammi dapat panggilan masa on the way balik kerja.


Caller: Boleh bercakap dengan Puan Sheila?
Ammi: Ye, saya.
Caller: Puan ada buat belian di Jovi?
Ammi: Jovi tu apa? Barang apa? Kedai kat mana ni? (Macam polis pencen soalan)
Caller: Key holder Puan.
Ammi: Tak..saya tak pernah beli any key holder.
Caller: Tapi kat sini ada nombor Puan (mulalah ammi ingat dia nak scam).

Sekali dia baca notes tu barulah ammi macam...

Ammi: Ohhhhh itu hadiah dari kawan saya. Kenapa ye?
Caller: Ada masalah sikit. Boleh saya dapatkan nombor telefon kawan Puan?
Ammi: Nombor tak ada, tapi emel adalah.


Hahahah..seriuslah ammi ni baru nak start engine "sound" sebab ingatkan dia scammer.  Kan biasa orang scam kata dari J&T la, dari pos lajulah....nasib dia sebut nama Kak Ret.  Kalau tak free-free je dia kena marah.

So, hari Khamis ammi terimalah hadiah daripada Kak Ret.


Hari Sabtu baru sempat nak buka.  Buka pun masa sambil-sambil potongkan board ni untuk Kyra.  Tangan dia "tak berbedung" uollsss...padahal elok je arwah Mama bedung dia dulu.  Asal potong je senget.  Geram pulak ammi tengok.  Bila kala nak siap projek RBT awak kalau potong pun tak lepas lagi.


Inilah key holder tu...siap ada nama lagi.


Alhamdulillah..terima kasih Kak Ret.  Semoga Allah lipat gandakan rezeki Kak Ret.

Tang top komentator tu...bukanlah top pun ammi ni mengomen.  Di bawah-bawah je...tapi dah tuan blog pilih kita, siapa kita to say no kan.  Nyiru ammi tadahkan untuk terima pemberian ni.

Silalah blogwalk di blog Kak Ret ni juga...mana tau ada rezeki kalian.