Jumaat lepas (1.9.2023), ammi minta cuti dari boss. Taknak 'off day' yang WFH macam hari Jumaat biasa, tapi nak cuti sebab ehhhh semalamkan birthday saya. Ahaksss.
Pagi tu kami sarapan je dengan baki nasi ayam yang ada. Ada ketupat palas pemberian kakak ipar di PD. Memula ammi teruja tengok ketupat palas yang siap dengan rendang. Bila ammi panaskan rendang tu...alahaiiiiii potong stim betul. Rendang perut rupanya. Cancel terus rasa nak makan. Mujur ada nasi ayam tu...kira oklah.
Tengahari kami lunch agak lewat. Tunggu para lelaki balik dari solat Jumaat barulah gerak ke town. Ada orang teringin nak makan makanan korea. Layan jelah dia, dah balik asrama kalau teringin naya pak karimmm.
Ozil ambil Jajangmyeon kalau tak silap namanya. Tak pedas langsung.
Abah & Khilfi ambil Spicy Seafood Ramyeon. Sampai keluar airmata Khilfi makan...tapi dia layan juga sampai titisan terakhir kuah.
Ammi pun lupa apa nama yang ammi makan ni. Pilih ni sebab ammi nampak ada gambar taugeh besar tu. Kesukaan sangat. Ni pun sedap sebab dia tak guna instant noodle..tapi dia guna glass noodle. Khilfi kata "next time, I'll order this. Much healthier". Hmmmmm...kalau nak healthy ammi kena belajar buat mi sendiri.
Kyra order ni..Cheese Rabokki.
Air peach tea and aloe vera punch dia sedap uollss..teringat-ingat pulak kesedapannya.
Ingat lepas makan nak dengar abang black tu busking kat Seremban Prima...sekali tak muncul-muncul orangnya. Dari kami datang dah nampak prop dia tersedia kat situ. Orangnya ntah kemana. Lama dah tak dengar suara dia.
Dah abang tu tak ada maka kami pun geraklah ke sebelah mencari hadiah untuk kak SA. Plan dalam otak nak beli lain...sekali kat situ tak banyak choice. Sudahnya benda lain ammi beli selepas buat "lat tali lat" masa nak pilih warna. Dengan hadiah pun ko boleh nak main lat tali lat. Tapi kita sebut dalam hati je...sebut kuat kang orang lain dengar mau dia ingat ammi gila cakap sorang-sorang. Ahaksss.
14 Comments
dubuyo... betul tak? he he..lama x makan korean
ReplyDeletebetul sangat
DeleteJauh ke Korea cari makan tu, Ammi. Mesti SA suka dgn hadiah lat tali tat Ammi, hehe.
ReplyDeletehahah..rambang mata tgk warna yg banyak sgt
Deleteselamat hari lahir kak ammi. semoga hidup diberkati. diberi kesihatan yang baik dan murah rezeki selalu. <3
ReplyDeleteaaminn
DeleteSaya je yang tak pandai makan makanan Korea. Lidah saya rasa masin sangat la, masam sangat la, manis sangat la eh byk cikadak pulak baik tak payah makan 😆
ReplyDeleteaah dia mmg ada manis2nya, masam2nya..tp ammi ok jelh. ala-ala makan tomyam gitu
Deletejauh tu mkn2 kat korea hehheheeh
ReplyDeleteSekejapnya pi korea. bila tenguk ni teringat makan asam pedas versi korea di Jeju. Rindu susu pisang asli dari korea.
ReplyDeletehappy belated birthday ammi , wah sambut bday kt korea ek
ReplyDeleteMakanan Korea ini saya terkadang suka, tapi terkadang tak. Tergantung dari restorannya, ada yang sedap masakannya , tapj ada juga yg tak sesuai 😄😄. Susah betul cari yg enak di jakarta ni . Ada yg otentik, tapi tak halal pula. Yg halal, tak otentik, dah disesuaikan sangat dengan lidah lokal, jadi rasa saya rasa kurang , tak seperti yg saya coba saat di Seoul 😅. Memang lidah nih picky sangat kalo dah soal rasa 😄
ReplyDeleteTapi dari semua menu yg kak ammi pesan, nampak sedaap yg rabboki itu kak 👍. Jadi teringin pula pesan online esok.
Cheese Rabokki keliatan enak bangettt, jadi pengen :D
ReplyDeleteBlh gune emadani tng ewallet x ek?
ReplyDelete