Jumaat lepas hari terakhir sebelum cuti sekolah bermula.  Cerita Jumaat lepas kita cerita di Jumaat ni...baru lama sikit peramnya.

Ammi offday haritu..tapi masih bekerja dirumah sebab ada few urgent things nak kena buat.  

Lepas settle ammi terus ke sekolah Ozil, ada sesi perjumpaan ibu bapa.  

Settle urusan di sekolah Ozil, ammi balik rumah, settlekan apa yang patut, pack laptop sebelum jam 12 gerak ke sekolah Kyra nak jemput dia...dan jom kita ke Melaka pulak nak jemput Khilfi.  Sebulan dah ammi tak jumpa dia.


Kita jangan bazir masa...buat apa yang patut dari dalam kereta.  Kata pekerja 'berdedikasi'.  Ahaksss berdedikasilah sangat.  Sepatutnya Work From Home...bukan Work Far From Home.

Sementara Abah & Ozil tunaikan kewajipan..ammi selesaikan kerja sebab tadi buat masa kereta bergerak rasa peninglah pulak kepala.


Selesai urusan disini...ammi pun selesai siapkan kerja office...dah pastikan semua duduk elok-elok dalam folder untuk urusan boss ammi selanjutnya ammi pun offkan laptop.  Laptop ni manja dah.  Battery dia dah mintak kena ganti ni.  Kejap je dah nak kong...menggigil-gigil ammi takut battery habis tetiba.

Sampai di kaki bukit sekolah Khilfi ada 3-4 orang budak lelaki tahan kereta.  Gitulah selalunya.  Sebab bus yang bawak dorang balik dari solat Jumaat hanya akan drop dorang di bawah..dorang kena menapak naik bukit.  Jadi itulah effort dorang kalau malas nak mendaki...tahan kereta.  Tapi bila budak-budak tu nampak ada orang lain dalam kereta..dorang macam "ala pakcikkkkkk, takpelah lain kali".  

Ammi:  Sorang boleh naik...meh.
Budak:  Takpelah makcik.  Malu.  Kami tahan kereta lain.

Malulah tu ada awek dalam kereta.

Kejap tu ada satu Hilux...selamat semua 4 orang berhimpit.

Lebih kurang pukul 3 juga baru kitorang lunch.  Yelah..nak tunggu Khilfi sampai dari masjid..nak masukkan barang, nak hadap jam turun dari Bukit MOZAC lagi.  Pastu yang wanita-wanita ni nak solat Zohor pulak.  Makanya makan jelah dekat Food Court yang ada disitu.


Bakso ammi...sedap.  Sambal dia pun sedap.



Satay untuk hantu satay.


Nilah dia hantu satay tu....cendol pun dialah juga hantunya.


Cinta hati yang dah mula ada jerawat dimuka.

Marilah balik...dalam otak ammi terbayangkan muka si Garfield je sebab masa kitorang keluar tadi dia pun heboh keluar lelaju pastu confirm dia kena sidai kat luar rumah sampai kitorang balik.  Gatal sangat kaki dia tu lari laju-laju tadi.