Jumaat lepas (22.09.2023) ammi work from home.  

Awal pagi lepas anak-anak ke sekolah ammi dah ajak abah ke Taman Tasik demi nak menjayakan misi briskwalk ammi.  Ammi cakap ngan abah "awak taknak jogging, awak hantar je saya pastu awak gilah minum.  Lepas sejam awak ambik saya semula".  

Ingat nak ke si Abah tu tinggalkan bini dia ni?  Makanya terpaksalah abah pun sama briskwalk sambil sorang pakai satu belah earphone.  Mujur masing-masing minat pada lagu rock...jadi kita layanlah lagu Amuk dan XPDC di pagi hari.  Patutnya Jumaat tu ko briskwalk sambil berzikir Sharmila...bukan dengar lagu rock.


Dalam pukul 9.15 pagi selesailah... 3.44km.  Menjurai-jurai peluh walaupun cuaca agak mendung.  Selesai je briskwalk...perut pun terasa lapar.


Singgah di Zus dulu sebab voucher RM3 ni tinggal lagi sehari je.  Sebelum burn baik kita manfaatkan.


2 minggu terbayang roti bakar telur goyang ni.  Akhirnya.

Tapi alahaiiiiii dalam roti tu ada kayalah pulak.  Macam potong betul makan telur 1/2 masak pastu ada kaya.  

Petang Jumaat tu sekali lagi ammi kemaruk nak briskwalk sebab pagi tu masa ammi pergi beli Zus Coffee tu anak buah ammi yang kerja kat situ pun sibuk ajak MakNgah dia briskwalk.  Ehhh dah ada orang ajak kita onzzz je.

Ammi, Kyra & Alya.  Lepas abah hantar kitorang ke Tasik abah terus je ke Padang MPS main bola dengan Alip.


Jadilah dapat 4.04km.


Total steps yang ammi dapat hari Jumaat tu dalam 18,000++ termasuk berjalan dalam rumah sambil menyapu rumah, mop rumah, masak.  Bila work from homenya?  Ntah.  Tak ada kerja office nak dibuat...kita buatlah kerja kita.  Kalau ada kita dulukan kerja office.  


Selesai disana marilah berjalan ke Padang MPS yang jaraknya cuma lebih kurang 300m je.  Ammi whatsapp Mummy Ayu kot-kotlah dia ada kat situ menunggu Ian main bola.  Tapi hampa.  Next time la ye.


Dia boleh layan adik dia main bola pulak...ammi dah duduk menyandar melunjur kaki dah kat tepi tu.