Makan-makan meraikan birthday

Hari Jumaat lepas birthday adik ipar ammi.  Ini tahun pertama dia dalam keluarga kecil ammi.  Ammi pun sebagai kakak yang tak berapa nak pandai buat surprise-surprise party ni suruh adik ammi datang rumah hari Sabtu, ammi ajak juga Along yang rumahnya hanya sepelaung dari rumah ammi...kita buat makan-makan kecik.  Makan yang simple-simple je.

Dah ajak orang datang makan mestilah kena beli makanan.  Sebelum membeli tu kita sejukkan tekak dulu dengan perkara yang paling tak boleh nak dielakkan ni.  Dah makan pastu komplen berat naiklah, rasa nak sendawa sebab anginlah.


Terpaling favourite...cendol pulut.  

Ammi letak gambar ni kat group sekali alamakkkkk adik ipar yang tengah pregnant ni boleh pulak teringin masa dia on the way balik Seremban.


Hahhaha...layan jelah tekak birthday girl yang preggie ni.

Ammi plan buat stimbot je kat rumah sebab macam dah lama tak makan reramai.  Walaupun ammi dan along duduk di taman yang sama tapi nak jumpa sebulan sekali pun payah sebab kita bekerja.  Tak adalah kuasa malam hari nak melepak tak tentu hala.


Teringin nak makan peria sumbat...so ammi pun buatlah.  Masa ni elok je melekat cantik.  Masa ammi grill sekejap atas pan dan ayam tu mengecut alamakkkk dia terungkai dari peria. So, lelaju ambil pencungkil gigi nak cucuk.  Rupanya along kata kalau nak bagi isi tu melekat kita kena letak bancuhan tepung dulu dikeliling peria.  


Beli itu sikit ini sikit...ehhhh banyaklah pulak jadinya.  Alhamdulillah.


Ammi buat juga ayam Kewpie viral 4 bahan tu.  Sedap cuma ammi rasa macam kurang garam.


Berstimbot di garaj rumah je.  Kalau dalam karang mau merembes2 peluh kepanasan.  Ni kita didihkan sup untuk budak-budak dulu.  Budaknya 2 orang je...Ozil & Arjuna.  

Untuk kuah sup ammi letak kulit ayam, bawang putih, halia, garam & chicken stok.  Alhamdulillah bertambah-tambah dorang makan.    Suka dorang makan stimbot ni..



Next...baru orang tua makan.  Kuah stimbot ni ammi guna 2 paket perencah Oden Tomyam dan 1 paket perencah asam pedas.  Elok sedap pekat likat kuahnya.  

Gambar keluarga?

Begitulah....tiada gambar manusia yang diambil.  

Kurang 4 orang masa perjumpaan kali ni.  Anak along 3-3 orang tak ada.  Anak ammi, Khilfi tak ada.  Insyaallah semoga kita dapat berkumpul lagi.  

Post a Comment

9 Comments

  1. lama tk mkn cendol..ayam kewpie tu tgk rmi yg share..blum cuba lg buat

    ReplyDelete
  2. dulu rajin gak buat, ni mcm dah lama x buat emmm..kena buat gak ni

    ReplyDelete
  3. Macam seronok plak gathering ramai- ramai ni kan

    ReplyDelete
  4. Seronok makan stim bot ramai-ramai.
    Rasa lama tidak buat juga.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya makan ramai2 macam ni.

    ReplyDelete
  6. bila anak dah besar, memang selalu tak cukup korum. tak pernah buat lagi steambot ni... tak ramai peminat

    ReplyDelete
  7. Seronoknya makan ramai ramai. Rezeki birthday girl dengan pembawakan sekali. Alhamdulillah..first time tengok peria sumbat. Kena ada teknik dia baru melekat elok rupanya. Best makan steamboat ramai-ramai ni. Sambil tu menyembang. Itu acara wajib. hihi...

    ReplyDelete
  8. Aisssh es cendol itu menarik sangat 😍😍. Segar nampak. Dekat rumah saya ada yg jual, walopun cendol Malaysia dan indonesia agak beda dikit penyajiannya , tapi saya suka keduanya. Apalagi dimakan saat hawa panas kan. Segar langsung badan 😄

    ReplyDelete
  9. cendol tu menarik tapi betul kalau saya pun tak tahan, anginnn..biasa saya amik cendul jagung atau biasa je..

    ReplyDelete