Dah alang-alang ada di Melaka, lepas dah selesai kenduri di rumah Balang, kami pun nak ke Freeport A'Famosa Outlet.  Ammi nak cari kasut jalan.  Kasut jogging abah dah hadiahkan...ni ammi nak cari kasut yang sesuai kalau berbaju kurung.  Kasut sedia ada dah terbelah pulak kat belah tapak dia.

Check waze...nampak gaya dari Pengkalan Balak nak ke Simpang Ampat tu tak jam.  So, marilah kita cepat-cepat gerak.


Seketul Adli Shah tau-tau je dah duduk dalam kereta taknak keluar.  Mama & Papa dia nak balik KL semula sebab esoknya papa dia nak outstation ke Terengganu.  Sudahnya mengalah papa & mama dengan anak bongsu mereka.  Terpaksalah dorang tunggu sampai kami balik dari membeli belah.

Budak berdua ni memang akrab dari baby...beza umur cuma 3 minggu sahaja dan memang membesar bersama.  Kalau adik ipar ammi ada hal memang semua anak-anak dia makan tidur di rumah ammi...begitulah sebaliknya.  Semoga kekal akrab sampai ke besar ye anak-anak.


Sebelum ammi dapat cari kasut ammi, kita terjumpa kedai peralatan sukan.  Makanya tersangkutlah kami disini.  Memang boots bola budak-budak ni semua dah sempit.  Pink betul pilihan dia.



Adli Shah pun sibuk, "kalau kita nak satu abah bagi kita tak?"  Silalah pilih.  Beli budak-budak ni boots bawah harga RM80.00 je sebab kaki dorang membesar.  Silap haribulan 3-4 bulan je muat pakai.  Kalau beli besar kang sakit pulak kaki.


Kasut bola yang dia bawa ke asrama lagi kesian.  Dia siap cabut tali kasut tu sebab dah ketat sangat.  Untuk dia pun beli yang murah-murah juga sebab kat asrama ni tak perlu bawa yang mahal-mahal.  Silap sikit je selamat tinggal kasut.


Sambil-sambil menunggu dorang test kasut..si ammi yang kebosanan ni pun cuba mencari kawan baru.


Dan-dan tu budak-budak ni kata bola dorang dah meletuplah, dah kempislah.  Lantaklah abahnya disitu.  Ammi tak masuk campur urusan dalam kedai ni.  


Silalah bayar... puan isteri nak duduk berehat.  Nak tunggu dorang pam bola tu lagi.  

Selesai disini, ammi pulak teruskan misi mencari kasut ammi.  Dah jumpa kami terus je balik sebab dak Adli nak kena balik KL.  Sekali boleh pulak dah sampai rumah dia taknak balik ikut mama papa.  "Papa, kita nak duduk dengan Alip, esok Abah hantar kita balik".  

Bukan abah taknak hantar awak, Abah dah tak duduk KL lah nak ooooiiii. Lagipun esok abah nak hantar abang Khilfi balik asrama. Terpaksalah mama papa balik lewat malam bagi dia puas main dengan Alip dan masa nak balik dia terus nangis dalam kereta.  Bukan dia je nangis...dengan ammi sekali nangis kat luar kereta.  Adoiiii tak pasal-pasal ammi jadi "bahan" malam tu.