Ini pun satu lagi bentuk perapan yang kalau kata ini adalah makanan confirm sedap hasil masakan tu. Lama nau diperap.
Ini kisah di penghujung bulan 6 haritu. Pihak sekolah Khilfi buat sambutan for those yang birthdaynya bulan Jun. Dan anak ammi pun salah sorang daripadanya sebab secara paksa rela ammi lahirkan pada tanggal 23.6.2010.
Terpaksa melahirkan walaupun tak ada rasa sakit langsung sebab usia kandungan dah melebihi 40 minggu. Air ketuban kering entah ke mana. Makanya silalah daftar di wad selepas jam 12 malam kata doctor untuk nurse masukkan apa-apa ubat yang boleh membuatkan saya rasa sakit...tapi hampa. Sampai 3 biji pil dimasukkan mengikut jam tapi satu jenis kesakitan pun tak ada. Kebal level apa ni?
Penyudahnya, ammi dengan rela hati offer diri untuk dibedah memandangkan keadaan agak membahayakan dan ammi risau sesuatu yang tak diingini berlaku. Pergerakan baby dah semakin tak kerap, risau juga baby lemas sebab air ketuban "hilang".
Tepat jam 3.03 petang lahirlah si anak yang ditunggu-tunggu dengan cara emergency caesarean.
12 Comments
Ingatkan perap ayam rupanya perap Kifli lama dalam perut 🤣🤣🤣
ReplyDeleteBaca 2x baru faham haha....
ReplyDeleteanak saya takde yang tak yang terlebih perap. yang tak cukup masa perap ada 4... siap yng kecik tu kena sambung perap dalam botol kaca 40 hari kat NICU
ReplyDeletebr nk tnya ...menu apa yg diperap...rupanya cite kifli hahaha
ReplyDeleteHa ingat buat masakan perap lama untuk harijadi Kilfi.
ReplyDeleteAdoiii ammi ni. Beria kita ingat ada tips masak² ke apaaaa 😂😂😂
ReplyDeleteperap lama dalam perut rupanya hehehe
ReplyDeleteHappy Birthday Khilfi..Moga membesar dengan sihat, jadi anak yang baik, dengar kata, berjaya dalam pelajaran...
ReplyDeletebila baca tajuk saya duk bayang lamb hahaha..
ReplyDeleteLaaaa...kilfi rupanya kena perap..2 kali baca baru fhm..dania pun kena perap 2 minggu terlebih hari..hahaha
ReplyDeleteha haa.... aku pun ingat resepi apa la kan kena perap2 ni.. ko kan..
ReplyDeleteadoi la
hahaha... syok sanagat tu dok dlm perut ibu.. dia tau x kisah 'perapan' ni ammi? lawak pun ada... nasib baiklah x degil bila besar ni sbb dr dlm perut lg dh 'degil'.. hehehe
ReplyDelete