Panduan Memilih Sekolah Berasrama Penuh

Permohonan kemasukan ke sekolah khusus bagi pengambilan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 dah dibuka awal bulan Ogos haritu dan akan ditutup pada 17 September 2023.  


Tahun ni Kyra dah di Tingkatan 3 dan ammi tanya sama ada dia masih berminat nak apply atau tidak.  Mula-mula dia nak apply untuk ke SM Teknik sebab dalam kepalanya dah "set" yang budak sekolah Sains dan mula belajar subjek sains seawal tingkatan 1 lagi.  Ohhh salah tu nak ooii..di tingkatan menengah rendah dorang pun belajar sama macam apa budak sekolah harian lain belajar.  Subjek Sains Tulen ni memang mula belajar dari tingkatan 4, jadi semua orang akan mula belajar bersama-sama.

Bila dah diterangkan baru dia macam "ok, kakak nak apply SBP, amik aliran Sains Tulen.  Haritu kakak takut kalau dapat nanti I will be left behind the others".  

Permohonan untuk tingkatan 4 bukan sahaja untuk Sekolah Berasrama Penuh tapi juga untuk SM Teknik, Kolej Vokasional, Maktab Tentera DiRaja.

***********************

So, disamping ammi cuba applykan untuk Kyra dan cari maklumat, adalah lebih baik ammi pun kongsikan apa yang ammi ada.     

Pada ammi pula, nak apply tu kalau boleh biarlah yang dekat sikit dengan rumah. Sebab itu untuk Kyra ammi cadang kat dia letak MOZAC as 1st choice supaya senang urusan nak hantar nak jemput nanti.  Boleh sekali dengan Khilfi.  Ini semua demi untuk kemaslahatan poket kita nak menjemput dan menghantar (unless korang ok kalau nak let your children balik on their own), bila outing at least kita boleh jenguk, bawak makanan.  Kalau anak sakit yang perlukan dia untuk segera di bawa pulang senang nak jemput.  Tapi pilihan ditangan masing-masing.

Dibawah ni ammi senaraikan SBP mengikut kumpulan (yang ammi dapat info dari group di FB) dan link ke laman web sekolah tu sendiri.  Tengoklah sendiri...mana yang berkenan.  Mana yang ada aliran yang korang suka anak korang masuk.  SBP ni biasanya ada nama shortform mereka sendiri...yang paling kelakar untuk disebut tu SOKSEK..macam nak ajak bergosip gitu. 

(Sumber dari Facebook)

Kumpulan 1

Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) - Lelaki sahaja
Kolej Tunku Kurshiah (TKC) - Perempuan sahaja
Sekolah Seri Puteri (SSP) - Perempuan sahaja
Sekolah Tun Fatimah (STF) - Perempuan Sahaja
SBP Integrasi Gombak (Integomb) - Agama
SBP Integrasi Rawang - Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA)


Kumpulan 2

SMS Sultan Abdul Halim (SMSAH)
SMS Sultan Mohamad Jiwa (SMadJiwa)
Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) - Lelaki Sahaja
Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) - Lelaki Sahaja
SMS Hulu Selangor (SEMASHUR)
SMS Kuala Selangor (KUSESS)
SMAP Kajang - Agama (SMAP KAJANG)
SMS Selangor 
SMS Alam Shah (ASIS) - Lelaki Sahaja
SMS Seri Puteri (SESERI) - Perempuan Sahaja
SMS Tuanku Aishah Rohani (SGS) - Perempuan Sahaja
SMS Kuala Terengganu (SESTER)
SMS Tengku Muhammad Faris Petra (FARIS)
SMS Machang (SMACH)


Kumpulan 3


SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (SOKSEK)
SMS Teluk Intan (SEMESTI)
SBP Integrasi Gopeng (IGOP) - Agama
SBP Integrasi Sabak Bernam (INTERSABER) - Agama
SMS Banting (BASIS)
SMS Rembau (SEMESRA)
SMS Tuanku Jaafar (STJ)
SBP Integrasi Jempol (INTEJ) - Agama
SBP Intrgrasi Selandar (SISMe) - TMUA
SMS Muar (SAMURA)
SMS Tengku Abdullah (SEMESTA)
SBP Integrasi Temerloh (InSOfT) - Agama
SBP Integrasi Kuantan (INTEK) - Agama
SBP Integrasi Batu Rakit (BRaInS) - Tmua
SMS Dungun (SEMERDU)
SMS Hulu Terengganu (SAHUT)

Kumpulan 4

SMS Tuanku Syed Putra
SMS Kubang Pasu (KUPSIS)
SMS Pokok Sena (SAINA)
Sbpi Kubang Pasu (iKUPS) - Agama
SMS Kepala Batas (SAKBA)
SMS Bagan Datoh (SABDA)
SMS Johor (SMSJ)
SMS Batu Pahat (SEHEBAT) 
SMS Sembrong (SASEM)
SMS Sultan Iskandar (ISKANDAR) - Agama
Sbpi Tun Abdul Razak (INSTAR)- Agama
SMS Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH PEKAN)
SMS Setiu (SAIS)
SMS Gua Musang (GUAMs)
SMS Jeli (JeSS)
SMS Pasir Puteh


Jadi kalau nak senang dapat tempat di SBP (peluang yang lebih tinggi), fokus dan pilihlah sekolah-sekolah di dalam Kumpulan 3 & 4.  Pastinya kurang saingan untuk dapat tempat 1st Intake, atau masuk 2nd Intake.  Dan sekiranya memilih sekolah dari kumpulan 3&4 letaklah sebagai pilihan pertama.  

Satu je, dimana pun anak kita belajar sama ada di SBP atau sekolah harian (SEKHAR), kalau ada usaha yang keras, insyaallah anak-anak kita boleh pergi jauh kehadapan.  Ammi sebagai ibu selalu bagi dorongan dan kata-kata semangat kat Kyra sebab ammi pun dulu bersekolah di sekolah yang paling "hauk" di bandar Seremban.  Yang penting, macam mana kita bergaul, macam mana kita limitkan pergaulan, macam mana kita nak majukan diri dan macam mana nak bagi kita tak sama-sama terjebak dengan gejala yang tak sihat.  

Semoga ada sinar harapan buat Kyra..

Post a Comment

12 Comments

  1. Alhamdulillah. Abe Kie alumni SMACH. Dlm kumpulan 2 tu.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg teringat ke abe kie masa type tu...sbb abe kie penah ckp dlm blog

      Delete
  2. good luck Kyra...doakan Pia juga ye..alhamdulillah kami pun dah buat pilihan sekolah kategori 2&3,nak kurangkan persaingan asalkan dapat tempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks afzan...
      semoga Pia juga dapat tempat nanti insyaallah..get ready utk PKSK ye

      Delete
  3. If jarak umah n sekolah pilihan dekat, ada dgr org kata susah nak dpt. Betul ke?

    ReplyDelete
  4. saya reccommend mozac

    ReplyDelete
  5. Mozac byk monyet ke aspuri haha

    ReplyDelete
  6. amik dari mozac 85/alumni mozac ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari group di facebook. Saya ada tulis dalam posting tu

      Delete