Hilang barang dan barang dicuri di asrama memang tak dapat dipisahkan.  Bukan sahaja di sekolah Khilfi tapi di semua sekolah berasrama.

Hampir setiap hari ada je parents yang akan complain di Telegram group tingkatan 1.  Selipar hilang, kasut sukan hilang, buku hilang, duit hilang.  Dan kebanyakkannya tak pernah menyalahkan anak mereka sendiri.  Bila hilang, memang anak orang lain yang bersalah.  Memang anak orang lain yang mencuri.  Ammi agak tak bersetuju dengan parents macam ni.  Ada sorang parents ni secara terlalu emotional dia cakap dalam group "kalau asyik ada je kes-kes kecurian ni, baik tutup je sekolah MOZAC ni".  Alamak puan....sekolah ni bukan gerai tanpa lesen ditepi jalan puan.

Ada banyak je bukti bergambar menunjukkan barang hilang akibat kecuaian anak.  Locker dibiarkan terbuka tanpa berkunci.  Memang pintu terbuka gitu tak rapat langsung.  Wallet main tinggal-tinggal di atas katil, calculator ditinggalkan  begitu saja atas meja dalam kelas.  Ada juga hilang sebab baju tiada tanda nama.  Tulis jelah nama pakai marker pen mak-mak sekalian.  

Khilfi sendiri pernah hilang jam (mujur jam beli di DIY je), pernah hilang selipar mandi.  Tak ada kuasalah ammi nak report kat group.  Ammi soal anak ammi je dulu.  Letak kat mana? Ingat semula betul-betul. Locker kunci ke tidak?  Rupa-rupanya memang silap dia tentang jam tu sebab dia lupa nak pakai semula lepas ambil wudhu.  Yang selipar mandi tu memang hilang di rak kasutlah padahal dah selalu ingatkan masukkan selipar mandi dalam baldi dan letak dalam locker.  Entahlah siapa yang ambil.  

Ammi selalu pesan kat Khilfi "kalau barang abang hilang, abang jangan berani-berani pasang niat nak ambil barang orang lain.  Salah sendiri, mengaku je.  Kena marah dengan ammi tu memang kenalah, tapi sekejap je.  Daripada abang mencuri, dapat dosa selagi abang tak pergi minta maaf dari orang yang abang curi tu.  Itupun kalau abang tau barang tu milik siapa...kalau tak tau.  Abang nak merangkak ke kat padang mahsyar nanti cari dia?".

Harap-harap Khilfi dengarlah nasihat ammi ni.  

Setakat ni dia masih menadah telinga tiap kali dia report barang dia hilang.  Tapi selalunya dia akan macam "ammi, kalau abang cakap ammi jangan marah.  Abang terlupa nak simpan barang tu dalam locker, jadi barang tu hilang".  Laju, satu nafas dia cakap supaya ammi tak ada peluang nak mencelah.  Haaa kan senang.  Tak yah tuduh menuduh.

Balik baru ni disebabkan selipar toilet dia hilang lagi...ammi cadangkan beli selipar pink dan dia setuju.  Ahaksss..ada tak budak lelaki lain nak ambik selipar ni nanti?


Sandal pun hilang juga disurau.  Hilang sebelah pulak tu.  Puas dia round asrama tak jumpa. Kalau boleh pun ammi nak beli pink juga untuk sandal tapi tak adalah pulak kat Mydin haritu.  Beli jelah yang murah-murah.  

Semoga pelajar-pelajar ni sedarlah yang mencuri itu satu perbuatan yang berdosa.  Macam-macam cara juga pihak sekolah dah usahakan untuk kurangkan kes kecurian.  Semoga dorang belajarlah untuk bertanggungjawab ke atas barang sendiri.  Kesian pada mak ayah yang memang tak mampu nak terus mengganti barang anak dorang bila hilang.