Jumaat lepas makan busat di Korea, balik rumah solat Asar dan meh kita berlari di padang KOMBES pulak.  Banyak lemak dah perut tu.  Liat je si Kyra & Khilfi nak tukar baju.  Si Khilfi lagilah...dia sibuk nak main phone sebab tinggal 2 hari je lagi dia boleh pegang phone.  Syarat ammi "kalau tak nak ikut, telephone ammi kunci dalam bilik ammi".  

Paksa rela je Khilfi mencari kasut, raket bagai.  Awak kena tahu anakku...misi "Road to 55" ammi belum berjaya lagi.  Dah sampai 56 tiba-tiba dia naik balik ke 58 dan dia duduk situ diam-diam taknak turun.  Macam mana?


Ammi beriya sebab nak "rasmikan" kasut hadiah birthday daripada Abah.  Boss ammi bagi hadiah duit sehari sebelum birthday ammi. Tau-tau je dapat slip transfer kat WhatsApp.  Dalam otak dah set nak beli kasut untuk jogging dan sekaligus boleh pakai gi kerja.  Sekali hari birthday tu dapat hadiah kasut... terus plan duit boss bagi tu nak beli benda lainlah pulak.

Segan pulak ammi pakai warna terang benderang gini.


Si kecik ni lepas main badminton terus dapat kawan baru.  


Main lompat jauh pulak...lari beriya pastu sampai kat tempat nak lompat tu dia berhenti dulu baru lompat.  Aterrrrr camna nak power lompatan tu kalau berhenti?


Ammi yang burnt teruk dimuka, keletihan selepas berjalan laju 4 pusingan dan lepas main badminton melawan angin sampai ammi pun naik angin.  Penat ok kerja asyik nak kutip shuttlecock je.

Khilfi yang berbaju kuning di belakang..dia pun jumpa kawan baru main bola.  Mainlah...apa yang korang nak main kat padang ni.  


Selepas dia berlari berapa round ntah dia masih boleh tersenyum lebar gini. Ammi yang jalan je pun dah rasa nak putus nyawa.

Ada team bolasepak budak perempuan tengah training.  Tunas Wanita ke apa nama ntah.  Agresif jugak budak-budak ni.  


Zaman kami berkongsi kasut telah lama berlalu.  Sekarang kami hanya boleh berkongsi baju je...itupun kadang-kadang baju ammi singkat kat dia, dan baju dia boleh dibuat menyapu lantai bila ammi pakai.