Touch-N-Go bersama Suria Amanda

Selamat Pengantin Baru kak SA.

Alhamdulillah selamat sudah bernikah kakakku nan sorang ni.  Semoga perkahwinan ini memberi kebahagian dunia dan akhirat buat akak dan family.

Ammi tak dapat hadir pada hari persandingan sebab awal pagi ammi dah nak gerak balik Melaka.  Ada kenduri keluarga.  Abah kata "awak nak pergi majlis kawan awak pergilah, saya balik dengan anak-anak"... ehhhhh ada ke gitu.  Dah nama pun keluarga...lagipun Abah plan Sabtu tu tidur je kat Melaka sebab Ahad tu nak hantar Khilfi terus balik ke asrama.  Gilalah kalau anak balik asrama ammi tak hantar sekali.  Next 1 bulan lagi baru jumpa.  Meroyan ammi nanti tak kiss-kiss si anja-anja tu.

Disebabkan itu, hari Jumaat tu beriya ammi WhatsApp kak SA kata ammi nak singgah jap.  Kak SA siap cakap "malam ni tak ada apa-apa ammi"...risaulah tu takda benda nak hidang kat kita.  Ala...kita nak jumpa pengantin je.

Dekat je rumah SA dengan rumah ammi, tapi kitorang ni selalu jumpa hi-hi bye-bye je kat Terminal Bus masa nak pergi kerja.  Tak sempat nak borak pun.  Tak pernah berpeluang duduk sebelah menyebelah pun kalau naik bus.


Masa ammi sampai tu pengantin tengah duduk berdua di kerusi bawah khemah...merenung apa "aktiviti" seterusnya dorang nak buat agaknya.  Ahaksss..

Kita pass hadiah, kita ambik gambar dan kita bergegas naik kereta sebab ada tempat lain nak pergi.  Ammi punya potluck untuk kenduri esok pun tak buat lagi.  Mujur juga bahagian ammi cuma rebus telur masin je.  Ahaksss...pandai abah pilih perkara paling senang untuk bini dia buat.

Apa pun semoga semuanya baik-baik aja buat SA, suami dan anak (eh sekarang dah anak-anak).

Hadiah yang beli siang tadi...kita tak reti nak membalut cecantik.  Suruh je orang kat customer service tu balutkan.  Sonang, takyah pikir mana gunting, mana seletep bagai.

Post a Comment

7 Comments

  1. Dah biasa jumpa ye? Baguslah...
    Sama la kita Ammi, sebab tu suka beli hadiah kat Aeon, bole minta tlg balut sekali :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Rezeki dapat bertemu walaupun sekadar touuch and go.

    ReplyDelete
  3. wahh sempat tu jumpa pengantin even bkn hari wedding nya pun

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sempat juga pas hadiah jap ye?

    ReplyDelete
  5. Betuuul kak ammi, saya pun kalo beli kado, lebih suka minta cs staff tuh yg tolong bungkuskan. Lebih rapi, dan mereka pun sudah biasa buat kan 🤭. Kalau kita yg bungkus, terkadang pun hasilnya kacau balau, agak malu nak kasih 😅

    Happy lah bisa ketemu kak SA , saya cuma bisa mengucap dari jauh untuk kak SA 😄

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Ammi, sudi datang ye betholll...sis is x sedap hati x hidang pape kat ammi...nanti next kita nak buat majlis lagi kita panggil erk,...mesti datang tau..en suami cakap nanti kita plan lain la jumpa ammi and husband...

    ReplyDelete
  7. Ohh kalau saya awal sikit mungkin bertembung jugaklah kita. Dapat juga berjumpa pengantin, itu yang pentingnya sebab kita tak dapat hadir majlis.

    ReplyDelete