Khamis lepas ammi terjoin satu group BRISK WALK MALAYSIA dekat Facebook. Tengok ramai yang join Walk anjuran Nestle Omega Plus ni. Ammi pun baca arahan dan downloadlah juga apps BookDoc dan terus join. Lepas tu sync kan lah apa-apa smart watch yang korang guna dengan apps ni dan dia akan detect terus.
Ada yang free and paid participation tapi untuk first time ni ammi join yang free jelah dulu. Kalau yang paid tu once you reach 150,000 steps akan dapat hadiah dari Nestle.
Walking Period dari 1-30 September dan target to reach 300,000 steps. Ammi start pun dah 14/9/2023 petang... jadinya hari Jumaat tu baru start betul-betul.
Memandangkan hari Jumaat ammi work from home jadi awal pagi lepas anak-anak ke sekolah jom kita ke Lake Garden yang jaraknya cuma less than 10 minutes dari rumah.
Hari Pertama...Alhamdulillah walaupun cuma 2.48km. Ammi suka walk kat tempat macam ni sebab tak boring...ada tasik, ada pokok, ada burung...walaupun kadang-kadang busuk hanyir air tasik tu.
Hari Sabtu dapat walk jauh sikit..tapi agak membosankan sebab ammi buat dekat trek. Anak-anak lelaki sibuk nak main bola di padang demi nak merasmikan boots baru. Jadi win-winlah..kalau kat sini anak-anak enjoy ammi pun dapat riadah sama.
Selesai berpeluh... dah serupa alien pulak headphone budak ni. Nanti ammi ada duit lebih ammi belikan awak headphone yang elok ye sebagai hadiah sebab awak perform masak PPT haritu. Ini beli kat shopee je. Dia belum tau lagi dengar bunyi sedap dengan bunyi tak sedap...sekali dah guna yang elok...menangis dia bila kena guna semula yang cap cikai ni.
Masa ammi berjalan tadi bukan main terik lagi matahari...tiba-tiba eh gelap pulak.
Pastu ehhhh terang balik. Dahlah anak-anak bujang. Marilah kita pulang. Kita ada agenda lain kat rumah.
Dah waktu balik berkaki ayam je sebab team kedua yang dorang join semua berkaki ayam jadinya dorang pun bukalah kasut..takut terpijak kaki orang lain nanti naya pak karim.
Setakat hari Isnin...inilah hasilnya. Boleh ke capai target? Kita cuba buat yang terbaik.
Apa cerita my "Road to 55" mission? Berat badan dah elok turun ke 56 hari tu tetiba naik balik ke 58 border nak ke 59kg. Salah siapa ni? Mesti salah abah sebab masak sedap-sedap.
2 Comments
caiyok caiyok...you can do it!!!
ReplyDeleteTerus semangat
ReplyDelete