Hari Ahad lepas awal pagi abah kena naik KL sebab ada urusan pemasangan barang. Ammi plan nak masak awal pagi so that ammi boleh fokus jadi "coach" untuk projek kamus Ozil tu.
Dalam otak terbayanglah nak masak lemak sardin. Letak ubi kentang, tomato bagai. Pastu goreng kacang panjang potong size 1cm pastu pecah telur.
Sekali bila nak masak ehhhhh, ubi tak ada. Tomato yang biasanya memang tak pernah putus bekalan kat rumah pun tak ada. Serai tak ada. Biasanya perkara-perkara ni memang abah sentiasa jelah beli sampai rasa macam nak buat makan satu taman pun ada.
Sudahnya, kita keluarkan jelah ayam. Jam pulak otak nak masak apa. Ada fishball kita buatlah sup fishball letak suhun. Fucuk pun tak ada. Selesai satu perkara. Gambar? Ammi lupa nak ambik sebab lepas masak sibuk pulak menghadap kucing gelandangan kat belakang rumah tu. Ada sekor anak kucing tu rasa umur macam dalam 2-3 bulan macam buta mata dia. Buta ke atau dia sakit mata ntahlah. Ammi tak berani nak pegang. Dari jauh masa dia tengah makan, ammi spray dia dengan ubat kucing. Harap-harap oklah anak kucing tu.
9 Comments
semudah ABC tu yg tersedapp
ReplyDeleteanak2 ciknur lauk ni kegemaran setiap hari
sedap..nyumss
ReplyDeleteBiasanya time kita nak guna tu la tiba² habis or takde pulak stoknya 🤭
ReplyDeleteSedap lauk ni Ammi, nak buat pun senang & cepat.
Nyummm. Yummy. Oh. Akak plak sebaliknya, suka masak sampai jadi kering2, contohnya sardin, kuahnya pun Akak buang asbab nak buat dia jd kering. Tapi klu ayam kunyit, betul juga Ammi ckp.. bagi ala kuah manja2 sikit baru 'hidup' kejadiannya. Tak lah nampak kaku mcm goreng ayam biasa je.
ReplyDeletesimple & sedappp....
ReplyDeletebaru-baru ni nampak nasi ayam kunyit dekat pasar malam. Secipit je ayam dia. sadis
ReplyDeletebagusnya ammi rajin masak2!!! terbaekkkk--err MZ jarang la masak2...setakat masak nasi goreng mee goreng jerlah biasanya heheheh
ReplyDeleteMenu kegemaran saya.
ReplyDeleteadoi masak sendiri ayam kunyit ni lagi sedap :)
ReplyDelete