Batik Pelikat Fun Walk di KOMBES

Sempena Hari Sukan Negara hari Sabtu haritu, ammi pun ambillah kesempatan join acara yang disediakan di Kompleks Belia Sukan Paroi (KOMBES).  


Mula-mula daftar untuk Ammi dan Kyra je.  Pastu ammi letaklah dekat group family.  Ehhhh abang ipar dan anak buah pun nak join juga.  Ayuh.


Kami selepas daftar dan ambil nombor.  Para peserta lain pun tengah bersiap-siap dengan batik dan pelekat masing-masing.



Lebih kurang jam 5 petang kami "dilepaskan" oleh Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke.  Kenapa menteri pengangkutan bukan Menteri Belia dan Sukan?  Sebab YB Anthony ni kan ahli parlimen Seremban.  

Walaupun dia berbeza parti politik...tapi dia orang yang "buat kerja" masa dia jadi YB di kawasan ini dulu.  Memang "buat kerja" bila-bila masa bukan setakat "buat kerja" bila tiba masa.


Setelah tamat 7 pusingan.  Menggigil kaki.  Penat. Panas. Terbakar.  Tapi puas hati.  Gigih betul seketul abang ipar ni berninja macam ni.  


Puteri cinta hati yang sentiasa ada dengan ammi.  Ammi suruh je dia laju ke depan sebab langkah dia kan panjang.  Tapi tetap nak jalan bersama teman amminya yang terkedek-kedek di belakang.  Thank you kakak.

Selesai acara kami, ammi masih menunggu di padang.  Bukanlah berharap nak menang sebab memang tau tak menang pun.  Ada peserta yang gigih berbatik full satu family.  Siap bertopi ala-ala mexico...uiihhhh ammi tengok dia pun ammi rasa meleleh-leleh peluh.


Ammi & Alya.  "Tante ku yang gila", katanya.  Aahhhh memang gila.  Kalau ko buat perangai lagi gila tante ko yang sorang ni.



Ammi gigih tunggu tepi padang demi seketul budak berboots pink ni.  Abah & Ammi masukkan dia ke klinik bola sepak.  Mula-mula masa nak daftar tu kata dah full.  Tapi abah direct jumpa dengan coach ada satu team bola dekat area rumah dan dia suruh datang je pakai jersi hitam.  Mujur juga dia ada sepasang jersi hitam masa dia join Akademi Tunas dulu.


Asal main je mesti nak kemam bibir.  Ishhhh ngeri ammi tengok.  Takut dia terjatuh ke apa macam bahaya je.

Masalah kemam bibir ni memang habit dia kot...belajar kemam bibir, buat kerja kemam bibir.


Masing-masing yang telah bertukar warna.  Begitulah kami penuhkan Sabtu kami.  Hari yang penat tapi kami seronok.  

Malam lepas Maghrib kami gerak pulak ke Kajang demi memenuhi undangan adik lelaki ammi.  

Post a Comment

7 Comments

  1. wah seronok nya...meriah gitu!

    ReplyDelete
  2. Ohhhh...event ni meriah...si kembar pujuk SA pergi sini Sabtu lepas..SA cakap uwan sakit macam mana mama nak bawak awak pi sana..lain kali la...kalau tau ammi ada..boleh je pergi..yang bonar eh..mama eh ponek..

    ReplyDelete
  3. Seronok aktiviti ada tema gini kan Ammi.
    Sambil tu dapat habiskan masa dengan keluarga 👍🏽

    ReplyDelete
  4. Bestnya aktiviti macam ni. Terbaiklah Ammi 👍

    ReplyDelete
  5. Seronok join aktiviti dengan keluarga ni. Sporting betul korang bersukan pakai kain batik & pelikat hehe

    ReplyDelete
  6. happeningnya semua berbatik dab berpelikat

    ReplyDelete