Hari Jumaat lepas Mu'alimah kongsi gambar ni di group WhatsApp kelas Ozil.  Eh tengok-tengok anak kita dapat hadiah.  Naib Juara pun ok.  Alhamdulillah.  

Tak sia-sia conquer YouTube kat TV dan cari lagu yang nak dinyanyikan.  Angin je Kyra sebab dia tak dapt nak tengok Anime dia.


Ye, silakan pejam matamu wahai anak.  Dengarlah dengan "mata hati" supaya segala apa yang kami tuturkan menusuk terus ke hati.  

Beli gel rambut beriya gambar Ronaldolah bagai...sudahnya gini rambut kat sekolah.  Beginilah anak yang amminya tak sempat siapkan setiap pagi sebelum ke sekolah.  Ammi sempat kejut dia bangun je pastu ammi dah keluar rumah.  Sian dia.

Malam tu dia cakap dengan ammi "Ammi, balik nanti Alip nak tunjukkan dekat ammi piala kemenangan Alip"...ha ambik kau..sangat skema ayat kamu ye nak.  Piala kemenangan katanya.



Masa rehearsal, yang part last tu dia siap buat kenyit mata menggoda lagi.  Ehhhhh kamu baru darjah 3 ye...jangan nak buat muka mat romeo sangat.  Pok karang.

Habis segala chopper ammi pun masuk frame juga.  Ahaksss...nasiblah.

Minggu ni dia ada tugasan buku skrap bahasa Arab pulak.  Dia kena buat kamus bergambar.  Ayat dia "Alip nak buat cantik supaya Alip menang lagi".  Abah dia pun teruslah cakap "Alip kena buat sebab ini tanggungjawab Alip sebagai murid, bukan sebab nak menang je."

Ok, nasib baik abah dah bukak mulut.  Kalau ammi yang cakap dia akan banyak soal.  Bila abah yang cakap dia anggukkan aje.  Anak-anak memang gitu ek.  Dengan mak bukan main lagi banyak soal jawab.  Bila bapak bercakap terus yes yes yes.