Balik kerja petang semalam cuaca panas sangat. Masuk je dalam Grab car on the way ke MRT Phileo dalam otak terbayang-bayang ice cream.
Masuk dalam MRT, sambil-sambil dengar lagu dan scroll FB pun otak masih ligat membayangkan ice cream. Ehhhh ko dah kenapa ni Sharmila? Lupa diri ke apa?
Sampai je di Stesen MRT Merdeka jalan laju menuju ke MyNews di stesen LRT Plaza Rakyat dan marilah memilih. Ada dua pilihan...nak Walls atau Nestle.
Ok kita pilih yang disebelah kirilah.
Dan tiba-tiba tangan tercapai yang paling kiri juga dalam barisan. Dah pegang letak, pegang letak. Akhirnya pegang terus dan bawa ke kaunter. Berapa lama ko nak main angkat letak angkat letak. Ingat driver bus kat bawah stesen Pudu Raya tu nak tunggu ko?
Makanya melayanglah RM6.80 demi Match Crumble ni.
Kuku itu dipudarkan kerana si penulis pun tak sanggup tengok rupa kukunya sendiri. Hanya penggigit kuku je tau apa rupa kuku mereka. Ahaksss
Makan sambil berjalan. Haipppp perangai betul. Aterrrr nak tunggu duduk kang cair pulak ice creamnya.
Manis oiiiii. Coklat diluar tu sedap. Isi matcha di dalam pun sedap. Boleh diterima tekak ammi. Cuma manis melampau jelah yang kurang boleh diterima tekak. Tekak orang berusia ginilah. Minum kopi o tanpa gula pun dah tak ada perasaan. Dah macam minum kopi o bergula.
Kalau ada anak-anak confirm ammi dah buat acara "servis bertukar tangan" kat dorang. Tapi dorang tak ada...makan jelah. Dah la mahal.
8 Comments
Sedap ni, dah pernah try dan review kat blog haha.
ReplyDeletehttps://www.faizalr.com/2023/07/mencuba-magnum-matcha-crumble.html
Last beli Magnum masih RM4.50 ke RM4.99. Dah RM6++???
ReplyDeleteSemua produk Magnum uncle suka!
ReplyDeleteCuya suka yang ni... haritu baru try. Tapi nak beli selalu tidak la... hehe
ReplyDeleteSaya belum coba yg ini. Pernah lihat juga, tapi memang tak terlalu fans ama matcha sebenarnya 😅. Hanya saja saya masih boleh makan. Cuma memang dah terbayang pasti manis sangat 😄
ReplyDeleteteragak juga semalam ptg but mengenangkan pagi tu baru je bakar lemak, emmm..lain kali la
ReplyDeleteMZ bukan penggemar aiskrim tp ada jugaklah kdg2 mkn time teringin...bab tak tahan manis tu..boleh geng dgn MZ laaa
ReplyDeleteammi.. suka gigit kuku eh.. hihi comey aje. mama kalau kuku panjang akan mula menggigit juga tapi dh lama tak buat sebab sentiasa pastikan kuku pendek
ReplyDelete