Boss ammi tak ada harini dan lepas ammi siapkan kerja ammi macam apa benda nak buat ni. Tangan pun gatal mencari template baru. Dari pagi privatekan blog sebab kononnya nak tukar template. Sekali bila dah tukar macam ahhh pakai yang lama jelah balik.
Pastu pergilah pulak ke Google Photos. Dah hampir nak penuh quota gambar. Marilah mendelete mana yang double, yang blur bagai. Sekali jumpa gambar ni.
Yang kelabu tu fridge kami masa mula kahwin di tahun 2004. Masa tu rasa besar je fridge ni yelah sebab pakai berdua. Pastu selepas beberapa tahun kahwin baru bertambah umat dalam rumah. Masih ok lagi sebab ammi pun bukanlah sejenis masak setiap hari masa anak kecik-kecik.
Keadaan berubah masa PKP. Masa tu baru rasa macam ehhhhh dah kenapa abah order lauk banyak-banyak. Mana nak simpan. Mana muat peti ais. Abah punya order online macam nak buat kenduri. Buntu ok ammi nak kemas. Siap sound abah lagi "kalau nak beli bahan basah lain kali cakap dulu ngan saya"...ehhhhh derhaka disitu.
Makanya bertandanglah kami ke kedai elektrik berhampiran masa kita dah boleh keluar-keluar tu. Dalam otak dok carilah jenama-jenama popular dari Jepun dan Korea itu. Harga untuk yang besar-besar ni dalam 3K lebihlah semuanya.
Pastu salesperson kedai ni cakap "kakak, try ini Beko. Ini brand banyak famous dekat Middle East sana. Ini Turki punya brand. You tengok World Cup semua dia ada sponsor ma".
Dari segi harga memang sangat jauh beza. Untuk size ni ammi cuma bayar RM2,199 je. Ada 12 tahun warranty. Berapa litre ammi pun dah lupa. Nama pun dah bertahun tapi memang besarlah pada ammi.
Frigde lama ni abah iklankan dalam group apartment...kejap je selesai. Mentang-mentang barang free kan.
Setakat ni dah hampir 2-3 tahun pakai, Alhamdulillah berfungsi dengan baik. Tempat sayur dia tu kan mantap gila. Beli bayam, letak kat bawah tu 7-8 hari bayam tu tak layu uolls. Ammi cerita bayam sebab bayam kan mudah benyek.
Ok sekian saja review saya tentang peti ais jenama Beko ni. Dia tak bayar ammi untuk buat iklan kat sini. Ahaksss.
11 Comments
ayat last tu .. ha ha ha.. kannn
ReplyDeletesama aku pun pakai beko...so far so good ...
Menarik ni..boleh SA cari jenama Beko ni kat JB utk rumah sewa baru nanti...
ReplyDeleteLama tu waranti 12 tahun 👍🏽
ReplyDeleteBaru tau wujud jenama Beko. Hebat jugak Turki, produknya sampai ke negara kita.
beza kan masa yg duduk berdua dengan dah duduk ber5 hehehhe...
ReplyDeleteBaru tau jenama Beko dari Turkiye. Hebatnya sayur boleh tahan lama 👍🏻
ReplyDeleteUntung la sapa dapat yg lama tu....
ReplyDeleteDulu nyariss nak beli brand Beko nih sebab nampak kemas n smart..tapi tulah..budget pulak takde hihi...
ReplyDeleteKami pernah beli mesin basuh Beko, tak tahan. Beberapa kali kena tukar spinner :(
ReplyDeleteMaybe utk fridge brand ni ok kot. Kami masa PKP beli freezer Ammi 😁
waa menarik niiii
ReplyDeleteWah menarik.. Sha macam nak tukar peti ais.. Bolehlah try jenama ini..
ReplyDeleteIhhhh baguus lah kalo bayam 7 hari tak layu kak. Saya belum cek brand ini ada masuk Indonesia kah atau tidak. Nak juga kalo ada.
ReplyDeleteItulaaah, saya sbnrnya nak ganti kulkas, Krn yg skr merasa kecil, sama kayak kulkas kaka yg pertama tu. Dulu rasanya besar tuh kulkas Krn asisten saya belanja setiap hari, jadi jarang simpan dalam kulkas. Setelah asisten resign, saya lebih suka belanja ke market seminggu sekali 🤣. Baru terasa sesak lah itu kulkas hahahahaha. Nak ganti, tapi suami cakep, di rumah mama mertua ada kulkas 3 pintu, pakai itu saja. Masih baru tapi sejak mama papa meninggal, semua barang elektronik di rumah mereka dicabut listriknya, termasuk kulkas. Rumah kosong soalnya.
Tapi suami dan kakak ipar tak ada yg mau ambil barang di situ, Krn merasa tak butuh 🤣. Skr pula saya pikir, apa ambil kulkas mama, tapi harus cek berapa Watt listrik dia. Jangan sampai exceed dari limit listrik saya di rumah 😅. Kulkas 3 pintu biasa besar pemakaian listrik 😅