Hari Khamis lepas masa cuti Maulidur Rasul pagi ammi tak buat briskwalk langsung.  Mengantuk tahap gaban.  Lepas Subuh tu mengaji jap sebab due date nak kena tamatkan 1 juzuk ammi dah hampir tapi mukasurat ammi masih banyak lagi.  Lepas je ngaji tak sempat bukak telekung terus tumbang sampai lebih kurang pukul 9.  Pukul 9 tu pulak jenuh nak bukak mata...perut dah lapar tapi mata payah nak buka.

Ingatkan Abahnya buatkan breakfast sebab biasanya kalau ammi terlelap tau-tau dah ada breakfast.  Tengok-tengok ehhhh dia pun sama melunjur kat recliner sofa tu.  Siap berdengkur lagi.  Apa kes? Apa yang kitorang makan semalam sampai sekian punya mengantuk satu rumah?

Petang baru datang keinsofan.  Ajak Kyra walk tapi janji nak bagi dia upah.  Maka kami pun keluar rumah nak menapak ke Zus di kawasan rumah ammi.

Sambil jalan sambil buat order untuk pick up.  Kejap tu anak buah ammi whatsapp.  



Ehhhh...memang ada satu Sheila Arshad je ke kat kawasan Temiang ni?  Macam mana dia tau makcik dia yang order?


Keluar peluh jantan betina...sampai kembang-kembang hidung mengah.  Alya suruh duduk dulu minum tapi...memang tak bolehlah duduk.  Duduk karang ada juga yang balik order grab je nanti.  


Dia laju kat depan...terkedek-kedek maknya kat belakang.  Dia bawak ammi jalan lain masa balik.  Kataya masa merentas desa sekolah dia haritu dorang guna laluan ni.  Mak aiiiiii membukit wei jalan tu.  Mintak nyawa betul.  Patutlah nama perumahan tu Taman Bukit Sarimban...memang berbukit ko.


Alhamdulillah...dapatlah buat 3.04km dalam masa lebih kurang 45 minit.


Inilah habuannya untuk anak dara ammi dan ammi.  Sempena birthday haritu Zus bagi promo buy 1 free 1 cake... tinggal 3 hari je lagi nak expired rewards ni jadi kita grab terus.  Jangan membazir.  Tapi kat Zus ada 4 je cakenya.  Tak banyak pilihan pun.  Terpaksa jelah amik apa yang ada.

Yang Summer Berries Cheesecake (warna pink) ni sedap.  Masam-masam manis.
Yang satu lagi tu Biscoff Baked Cheesecake..perghhhh very the manis dilidah dan tekak ammi.  I cannot gi.  Kyra sukalah.

Motif berjalan hari ini apakah?  Lepas jalan makan kek.  Bagus Sharmila...bagus.

So tercapaikan misi 150,000 steps sehingga 30/9/2023?  Nanti ammi reveal ye.