Hari Jumaat petang masa balik kerja abah cakap "esok kita gi Johor nak?" . Ammi macam eh nak buat pergi tetiba gini?
Anak buah yang di JB nak bertunang rupanya. Ammi ni tak tau pun hujung pangkal sebab dorang tak cakap pun dalam group besar. Dorang bincang-bincang dalam group adik beradik kot. Oklah. Marilah kita.
Sabtu tu pagi lepas Subuh jemurlah kain sesiap, ater membusuk kain dalam machine sapa pulak nak basuh semula? Dah siap semua dah bagi anak bulus semua makan kenyang-kenyang marilah kita gerak. Kami gi jemput kakak ipar di Senawang dulu sebab dia sorang je available nak ikut. Suami berkursus, anak-anak bekerja.
Lebih kurang jam 11.30 kami sampai di Kulai. Majlis pertunangan dijadualkan jam 12. Gang dari Seremban lebih awal sampai dari gang JB apa cerita?
Majlis yang sederhana. Saya suka begini. Tidak perlu berpelamin bagai. Bakal pengantin berdiri disebelah ammi dibelakang sana.
Kakak ipar ammi cakap "La, bakal menantu kaklang ni sekapal dengan ko La...Malabari". Hahah..saya bukan Malabari saya separa Malayalee. Tapi mother tongue keturunan kami samalah mereka bercakap bahasa Malayalam.
Malabari adalah mereka yang memang lahir sebagai Islam manakala Malayalee pulak yang lahir sama ada beragama Hindu ataupun Kristian. Macam ayah ammi dia lahir dalam keluarga beragama Hindu. Dan asal mereka adalah dari Kerala, India.
Malabari bukan Mamak!
Sempat rupanya bakal mak mertua kat belakang tu posing.
Marilah bergambar sikit dengan bakal menantu diluar rumah sebelum bergerak balik. Insyaallah bakal menantu yang ke-12? Daripada keseluruhan 50 kot cucu-cucu atok.
Gambar hantaran? Entah tak tergerak pulak hati nak snap.
Bila suami kau tak reti-reti nak buat mini love... jenuh mengajar.
Bolehlah tu...
Makcik "rendang" bergambar diluar rumah.
Cepatlah elok gigi si budak baju hijau ni. Letih tengok gigi besar gedabak dia ni.
Anak dara umur 15 ni dah pandai minta ammi belikan eyeliner. Oklah ammi layan jelah. Masalahnya dah beli eyeliner kenalah beli make-up remover, cotton pad bagai. Aishhhhh. Ammi dulu mintak muma belikan Hazeline Snow je tau, tak pun fair & lovely walaupun tak fair-fair sampai sekarang. Ahakss.
Selesai je majlis sekitar jam 1 lebih tu kami terus gerak balik. Tak singgah memana pun kecuali beli air dan ke toilet je sebab target nak sampai ke asrama anakanda tercinta di Ayer Keroh sebelum jam 5 petang. Hari Sabtu boleh melawat....jadi kita lawat jelah walaupun minggu depan dah boleh balik wajib.
6 Comments
meriah gitu
ReplyDeleteeh eh..leh la geng ngan anak dara kat rumah tu... bukan main make up lagi nak kalau nak keluar yer..brg make up aku pun dah byk yg berjalan ke bilik dia..nak cuba katanya..emmm kita dulu mana reti kan..natural beauty je..chewah
Oh, malabari bukan mamak. Sy pun keliru ni, Ammi. Macam suami sy pun bukan mamak, tapi ramai ingat dia mamak. Lagi parah, ada yg ingat African 🤣.
ReplyDeleteCantik bakal menantu.. orang Kulai ya rupanya. Sy pun suka jenis tak berpelamin masa bertunang ni. Dulu² kita tggu dlm bilik aje kan.
Alhamdulillah, nanti makan nasi minyak pula..
ReplyDeleteJgn kata Kyra, si Kakak yg 10 thn ni pun dah mula minta itu ini brg2 facial huhu...
Wah..seronoknya majlis meminang dan bertunang...ehhh..si Tiya tu pun sama la Ammi...
ReplyDeleteJadi dapat knowledge baru ttg malabari, malayalee 👍. Sekarang terjawab kenapa kakak seiras dengan India 👍. Awalnya saya pikir Kaka ada keturunan Aceh, Krn Orang2 Aceh pun sedikit mirip India.
ReplyDeletePintar si kakak bikin wings eyeliner 👍😄. Saya saja terkadang suka tak sama kiri kanan 🤣
laa MZ baru tahu ammi ni malayalee :) anyway cantiknya tunang tuu
ReplyDelete