Untuk kekal sihat dihari tua kita perlu mula dari sekarang.  Ammi ni sebenarnya bukanlah orang yang rajin bersenam.  Beli indoor bicycle beriya tapi pastu jadi tukun.  Mula-mula beriya kayuh pastu tersadai begitu saja.  Beli skipping rope tapi sekejap je sebab tak confident nak melompat dengan keadaan lutut yang agak tak beri kerjasama.

Tapi semenjak pindah ke Seremban, setiap pagi sekitar jam 6 pagi ammi akan lalu Lake Garden untuk ke Terminal Bus.  Di jam seawal itu, akan ada ramai Chinese uncles dan aunties dan sorang dua Indian uncles yang dah mula walking.  Orang Melayu?  Ya dorang tengah gi surau atau masjid solat subuh mungkin.  Tapi selepas itu? Mengaji mungkin...selepas itu? Kelas tajwid mungkin, ceramah dhuha mungkin.  Dan mungkin juga beralasan kesihatan tidak mengizinkan.


Ammi tekad, lepas ammi bersara nanti insya-allah ammi taknaklah jadi makcik-makcik yang pakai kaftan dari pagi membawa ke malam duduk rumah buat kerja rumah semata-mata.  Ammi nak jadi makcik yang sihat.  Walaupun kita faham, kesihatan setiap orang tu berbeza tapi setakat berjalan diluar rumah, ambil angin yang berbeza dari dalam rumah tu kan ke bagus untuk diri sendiri.

Ammi memang dah ada masalah lutut sejak dari penghujung usia 30.  Tapi tak pergi dapatkan rawatan pun dari pakar.  Pandai-pandai je  gi makan Glucosamine untuk control kesakitan.  Jadi bila buat senaman ammi jarang berlari dah.  Ammi lebih kepada briskwalk.  Kita tau kemampuan lutut kita.  



Jomlah kawan-kawan kita menua dengan cara yang sihat.