Masih lagi kisah lama, sebab tengah membersihkan gallery gambar di Google Photos.  Jumpa gambar ni.

Ini gambar cubicle ammi masa di office lama.  Masa tu anak baru 2 je.  Masa ammi mula join firm tu Khilfi baru je 1 tahun ngam-ngam.  Cubicle kat firm tu memang sangat kecik.  Muat-muat untuk kerusi ko bergerak-gerak manja je.  Ko pusing laju sikit kerusi tangan ko bergesel dengan partition belah kiri kanan.  Ammi pernah sekali dulu, masa tu belum bertudung jadi baju pun selalu je lengan pendek.  Bergesel siku ammi dekat partition tu, melecet wei.  Menyumpah ammi dengan partition tu.

Dekat partition tu ammi letaklah gambar 2 ketul anak yang ada masa tu.  


Pastu ada sekali tu ada sorang kakak Admin berbangsa India yang agak berusia turun kat floor ammi.  Masa dia lalu kat tempat ammi dia singgahlah berborak sebab katanya "tiap kali saya lalu sini u mesti tak ada dekat tempat"  Aterrrrr kita ada 4 boss masa tu.  Mana maunya boleh duduk terperuk je kat meja.  Pastu dia cakap "ini u punya anak-anak ke?"  

Dia cakap yang besar macam Arab, nanti dah besar mak kena pasang mata depan belakang (tang mana yang arabnya entahlah)...maaflah Kyra, gambar asal ni mana ntah.  Yang ada cuma gambar yang bercrop gini je.

Yang si Khilfi pulak dia cakap "ini muka melayu tapi nanti dia pandai".  Ammi macam "ye ke pandai..macam mana tau kak?"... "u tengok dahi dia boleh tau dik".  Nampak lah keluasan dahi dia masa kecik...jendul je.  

Setakat harini betullah apa yang akak tu cakap.  Khilfi agak lebih sikit dari segi academic kalau nak dibandingkan dengan Kyra & Ozil.  Kalau ikut pada kakak-kakak ipar ammi dorang cakap "pandai tu ikut ammi lah tu...kalau ikut abah kelaut".  Ahaksss tetiba kembang kempis hidung kembang pesek ammi ni.

Kyra pun Alhamdulillah...dia usaha keras untuk capai apa yang dia nak.  Sekarang ammi dah tak risau bagi dia handphone sebab dia dah buktikan with phone pun dia masih tetap boleh perform dalam kelas dan even dalam tingkatan.  I owe you for your achievement kakak.  Nanti ammi bagi ye.  

Jadi kesimpulannya kalau kepala besar ada harapan anak tu pandai.... kalau dah besar jadi besar kepala ko hantukkan je kepala anak ko tu.  Ahaksss