Korean | Move to Heaven

Baru je selesai menonton Drakor bertajuk Move To Heaven.  Terjebak dengan kawan-kawan di group Indonesia bila dorang selalu gabungkan perkataan.  Drama Korea jadi Drakor.  Salam kenal jadi salken, gerak cepat jadi gercep.  hahaha...mula-mula terkial-kial ammi nak faham tapi lama-lama bisa diatur.  Ga faham ya di tanya aja.  

Drama ni cuma 10 episod je.  Dan tiada adegan "tidak diingini".  Tiada adegan yang tidak boleh ditonton bersama anak-anak.  Cerita ini clean dan boleh buat ammi cleankan mata sekali.  Drama airmata sungguh.

Drama mengisahkan Han Geu-Ru seorang anak berusia 20 tahun yang menghidap penyakit Asperger syndrome.  Dialah hero utama cerita.  Menyambung legacy yang ditinggalkan bapanya sebagai 'pembersih trauma'.  Maknanya bila ada kematian, keluarga simati atau tuan rumah akan hubungi dorang untuk bersihkan tempat kediaman or bilik simati selepas kematian ayahnya (part ni ammi punya sedu tu lain macam)...membayangkan macam mana dia nak survive tanpa ayahnya.  Ibu memang dah lama meninggal.  


Disebabkan keadaan Geu-Ru yang kurang normal jadi ayah dia awal-awal dah wasiatkan untuk "adiknya" jadi penjaga Geu-Ru.  Adik dia baru je keluar penjara.  Karakter adik dia memang berbeza sangatlah dari ayah Geu-Ru dan juga Geu-Ru.  Pakcik ni ada masa 3 bulan probation period.  Kalau dia dirasakan tak layak "status penjaga" dia akan dilucutkan.


Handsome pada mata ammi..mancung gila hidung dia.  Muka ala-ala bad boy gitu.  Dia ni pada awalnya tak faham dengan pekerjaan yang abang dan Geu-Ru buat.  Dia sangat tak boleh terima.  Dan dia pun macam tak suka bila ditugaskan untuk jadi penjaga anakbuahnya yang tak normal tu.

Tapi sebagai penghidap syndrome Asperger ni, Geu-Ru orang yang sangat dia peka pada apa disekeliling dia.  Dia cepat  tangkap perkara-perkara yang dia jumpa.  Dan itulah kelebihan dia yang membuatkan dia boleh mencari waris pada simati.

Setiap episod dalam drama ni ada kisahnya sendiri.  Dan yang pasti semua kisah tu memerlukan tisu untuk korang lap airmata.  Ammi selalu tengok masa on the way balik kerja.  Hari pertama tengok, cari-cari tisu dalam beg...ehhhh tinggal plastik je.  Sudahnya tudung jadi mangsa.  

Banyak pengajaran dipenghujung setiap episod.  Kita ambil mana yang kita boleh ambil yang tak boleh diambil kita tengok dan tengok jelah.

Di akhir bulan ke-3 berjaya kah pakciknya terus jadi penjaga Geu-Ru?  Geu-Ru pulak serasi tak dengan pakciknya?

Kesimpulannya ammi suka sangat dengan cerita ni.

Post a Comment

3 Comments

  1. Seronok kan binge watch cerita kita rasa happy dan teruja bila tonton

    ReplyDelete
  2. Salken Ammi. Hihi.
    Akak so far blom terjebak lagi dgn Drakor. 😄. Org kata klu dah start tengok tros susah nak stop.. seram pulak Akak, dah la kdg2 busy. Haha.

    ReplyDelete
  3. sama la...aku pun setiap episod dok sok sek... hati tisu sungguh kan

    ReplyDelete