Korean | Queen Maker

Tengok tajuk je dah nampak cerita ni memfokuskan pada wanita.

Kisah tentang Hwang Do-Hee yang asalnya orang kuat di bahagian perancangan strategik syarikat Eunsung yang akhirnya bertindak menjadi lawan syarikat tu bilamana ada insiden yang tidak diingini terjadi.  Dia ni memang orang kepercayaan Pengerusi Eunsung.  Dia yang banyak berhubung dengan media jadi bila dia dah berada dipihak lawan dia gunakan segala pengalaman dan contact dia untuk usaha baru dia ni.

Selepas dipecat selepas enggan membantu menantu pengerusi mendapatkan jawatan Datuk Bandar, dia bekerjasama dengan Oh Kyung-Sook seorang peguam hak asasi manusia untuk jawatan Datuk Bandar Seoul.  Awalnya Do-Hee memang antara orang yang tidak suka dengan perjuangan Kyung Sook sebab peguam ni suka membela nasib pekerja-pekerja Eunsung dan lain-lain yang tidak terbela.  Dia kan orang kuat bahagian perancangan strategik, penatlah dia nak tepis segala dakwaan yang Kyung Sook dakwa untuk syarikat dia.


Musuh ketat yang akhirnya bersatu.  

Pengerusi Eunsung sebolehnya nak menantu dia bertanding dan masa nilah Do-Hee sungguh-sungguh melawan bekas majikannya.  


Menantu lelaki yang muka macam baik tapi "harooommm".

Bukan mudah untuk Kyung Sook melobi diri untuk mendapat jawatan Datuk Bandar.  Ramai yang cuba fitnah, pedajal, keupayaan dia sebagai perempuan dipertikaikan.  Biasalah permainan kotor politik ni memang ada dimana-mana ceruk dunia sekalipun.

Drama 11 episod ni ammi rasa macam sekejap je sebab ammi play in fast speed.  Dan menariklah pada ammi dari satu episod ke episod yang lain.  

Ammi rasa ini drama korea politik pertama yang ammi tonton.  Kalau politik era Joseon tu banyaklah.  Dan ammi suka dengan watak Do Hee sebab dia bawa watak wanita yang sangat elegan, bijak, pandai, segalanyalah.

Dapatkah akhirnya Kyung Sook jadi Datuk Bandar setelah pelbagai cabaran dia tempuhi?

Ada bahagian cerita ni yang bahaya juga tengok dengan anak-anak sebab cerita korea sekarang pun dah tak cover-cover part atas katil dia.  Dah pandai ye korang...mana adab timur korang ni?  Babab karang baru tau.

Post a Comment

6 Comments

  1. best kalau dpt layan apa2 citer pun...MZ kalau tgk tv, cuma tgk sepahtu reunion live dan gegar vaganza jer heheheheh

    ReplyDelete
  2. Suami MY tengok cerita ni sampai habis. tapi MY malas. Tak suka tengok cerita yang banyak sangat konflik dan tegang aje. tak rilek

    ReplyDelete
  3. cerita korea skang dah maju...hr tu tak igt episod berapa dalam citer squid game...jenuh nk cepatkn...adoi, anak2 lah kalut nk tgok squid game...

    ReplyDelete
  4. aku x tgk pun cita ni. malas nak layan bab politik,,

    ReplyDelete
  5. Nanti boleh cuba tengok masuk list dulu, loni tengah berlayar di Thailand hahaha

    ReplyDelete
  6. Oh cuma 11 eps ya kak. Saya dah masukin ke list sbnrnya. Cuma belum sempat menonton. Banyak yg bilang bagus, makanya saya pun harus nonton 😄. Sukaaaa kalo dah tentang politik pemerintah macam ni. Biasa seruuu. Jadi ingat kalo pemerintah dah begaduh 🤣

    Tapi Korea memang dah berani kalo bikin scene movie atau drama. Sedihnya ini diikuti oleh banyak film Indonesia 😔🤪.

    ReplyDelete