Hari Sabtu seharian kita makan lauk raya.  Dari pagi membawa ke malam.  Ni semua gara-gara seketul anak di asrama yang request untuk makan lauk raya.  

Hari Jumaat tu ammi balik kerja sebelum pukul 4 tapi biasalah...pukul 4.30 baru bus pertama dari KL mula gerak.  Sampai je rumah, marilah kita keluarkan apa yang patut untuk "dirayakan".  Ohhhh abah beli kerang rupanya.  Dalam otak nak buat rendang ayam.  Tapi ada kerang yang dah dikopek tu..onz jelah walaupun ammi tak suka sebenarnya kerang yang dah siap-siap direbus tu.  Ada macam hanyir sikit baunya.

Malam hari Jumaat tu ammi rebuslah nasi impit dan buat rendang sesiap.  Pastu macam, ehhh kita buat sambal ikan bilislah sekali sebab Kyra tak makan kerang.  Tapi dia suka sambal ikan bilis.  Khilfi apa pun dia makan.  Lebih kurang jam 10.30 malam selesailah memasak sambil ditemani Popia Nasuha (macam nak belajar masak je seketul anak bulu ni) dan marilah kita mandi.

Esok pagi lepas Subuh kita kerjakan kuah lodeh dan panaskan ketupat palas yang dah berbulan duduk dalam freezer tu.



Terpaling sedap Khilfi kata.  Itu anak sendiri kata...biasalah anakkan..mak goreng telur mata pun dia kata sedap.  Macam kita jugak mak buat air teh o tak ada  gula pun rasa sedap. 

Cuba bagi orang lain rasa confirm ada je tak kena.



Rendang kerang.  Pedaslah pulak...tapi tak apa.  Apa barang makan rendang tak pedaskan?  Ammi ingatkan kami bertiga je makan rupanya Ozil pun makan juga sambil terjelir-jelir lidahnya.  Biasa-biasakanlah makan pedas ye.


Pagi Sabtu, lepas Subuh ammi kerjakan kuah lodeh pulak.  Apa yang ada dalam fridge je.  Pucat pulak warnanya tapi lepas dah masuk mangkuk, campur dengan rendang & sambal oklah.  Cantik je kejadian warnanya.  Berapa kali ntah ammi tambah air panas dan garam masa panaskan.  Bila masak pakai santan kotak lain macam pekat kejadiannya.

Ok...lepas ni kita tunggu sampai raya yang betul baru mintak lauk raya ye.