Hari Jumaat haritu ammi decided untuk hantar Garfield buat lion cut.  Ammi teragak-agak juga nak buat lion cut or teddy cut.  

Teddy cut ni bulunya dipendekkan dan takdelah togel.  Tapi si Garfield ni sekarang suka melepak kat luar rumah.  Pantang je pintu terbuka laju je dia acah-acah berani jumpa geng luar.  Tengok dari jauh je gang-gang tapi kadang-kadang dia baring-baring atas tempat kucing jalanan tu duduk.  Melekat wei kutu.  Tergaru-garu dia.  Ammi beli ubat kutu, sikat kutu bagai tapi bulu dia bapak panjang..tersangkut-sangkut masa nak sikat.

Maka bermulalah episod mencari tempat untuk grooming.  Cari punya cari jumpalah satu Pet Grooming Centre di Seremban 2.  TeratakPetMeowHaven namanya.  Harga berpatutan dari yang lain dan marilah kita deal dan hantar.  Ammi hantar sekitar jam 10 pagi dan lebih kurang pukul 7 malam baru siap sebab Garfield tak berapa nak bagi kerjasama.  Dia merajuk, dia menangis.  Kata adik yang buat tu.  Dalam telinga dia pun banyak earmites.  Aduhaiii anak oooii.


Ni masa pagi sebelum nak pergi grooming.  Beriya dia pegang kaki penyidai towel ni uoolls.  Ehhhh kamu ni kucing ke orang? Kamu paham ke ammi borak-borak ngan abah?


Nampak besar masa ada bulu.  Kat celah-celah jari dia penuh dengan bulu.  Ammi tak reti nak potong.  Takut terpotong jari.

Masa ammi sampai kat Pet Centre tu nak ambik dia, budak tu dokong dia, dan boleh bayang tak baby kalau kita datang jemput dia kat rumah babysitter...dorang depa tangan.  Gitulah si Garfield ni sambil buat muka sedih.  Ehhhh sedih ok ammi.  Dahlah dia togel.

Sampai rumah, dia macam merajuk pun ye ngan ammi.  Dia duduk je dalam bilik Ozil.  Selalu kalau ammi goncang bekas kibbles, dia datang laju tapi ni dia duduk je dendiam.


Pagi sebelum pergi grooming abg Ozil pegang nampak besar nau dia...lepas togel ala besar ni je.  Dia jalan menonong je tau ni.  Ammi panggil pun dia buat tak tau je.  

Selalu kalau ammi panggil "Yayang Ammi meh sini"...laju je dia datang melompat duduk kat sebelah ini dia menonong masuk bilik Abang Ozil.  Padahal bilik tu bukan bilik favourite dia...bilik favourite dia bilik ammi sebab ada aircond.

Malam Isnin ammi balik kerja pun dia tak layan ammi lagi.  Ammi masuk bilik Abg Ozil, ammi peluk dia, ammi tepuk-tepuk dia siap ammi mintak maaf lagi.  Baru dia ok.  Eh sedih tau mak kau ni bila kau merajuk camni.  Walaupun kau tu kucing ammi mengalah mintak maaf tau.  Lepas makan malam baru dia kuak pintu bilik ammi dan duduk kat port biasa dia.  And now I have my Garfield back selepas 2 hari dia merajuk.