Sabtu haritu, lepas je tamat waktu lawatan di sekolah Khilfi barulah rasa macam tak terkejar-kejar dah. Carilah pula tempat nak solat Jamak dan tempat makan.
Kita pun pergilah ke tempat yang memang dah save lokasi akibat teracun dengan satu content dekat TikTok. Dapur Hutan di Sungai Udang tempat dituju. Selalu hari Ahad kalau lepas hantar Khilfi memang tak adalah nak tuju tempat lain sebab nak kejar balik siapkan keperluan esok hari pulak. Lagipun Ahad biasanya jam kaw-kaw kat highway mahupun jalan lama menghala ke KL.
Jauh juga tempat ni dari sekolah Khilfi...tapi tak apalah. Marilah kita cuba.
Lokasi kedai:
Dapur Hutan8305, Jalan Wira Ria, Taman Peruna,
76300 Sungai Udang, Melaka
Ok...memang hutan dan yang penting ada semak ahaks. Dah sampai sini nak dekat Maghrib dalam hati tu macam..eh kalau ada ular tetiba keluar dari semak ni camna?
Mujur tak ada rumput kat jambatan laluan ke kedai. Kalau ada confirm ammi rasa macam dalam mimpi sedang bermimpi ngeri. Ahakss. Drama sungguh kan?
Menunya kat bawah ni.
Nampak murah juga air buahnya kan. Tapi kami tak order pun.
Kakak ipar ambil nasi goreng cili padi...memang kaw pedas dia.
Jadi, kami pilih Set B tu yang untuk 4 orang makan. Tambah Miang Kham satu sebab tak pernah lagi ammi rasa makan mende alah ni. Nak jugak try. Ingat nak try set talam tu sebab nampak macam best...tapi tak ada nasi rupanya. I want nasi...I want nasi.
Dapat 2 set each kecuali sayur dan telur dadar tu. Tomyam sedap.
Ikan siakap 3 rasa ni pun masuk dalam set juga.
Ok..sedap juga rasa miang kham ni. Daun tu tak berjaya dihabiskan tapi condiment yang lain selesai sebab ternyata hanya Abah dan Ammi je yang makan. Kakak ipar tu pun tak makan. Ishhhhh.
Taste wise sedap ditekak ammi. Cukup rasa Thailand dia.
Price wise...sangat murah dan berbaloi dengan rasa masakan.
Lokasi kedai tu ok tapi siapa yang alergik nyamuk silalah bawak aerosol sendiri. Ahaks....berpusing-pusing nyamuk kat kaki. Nyamuk gemuk-gemuk ok. Ozil siap cakap "kita patut bawak raket nyamuk yang kat rumah tu". Ahaksss...manalah nak tau kita akan makan kat sini.
Service wise. Yang ini masalah. Ambik order tak tulis nombor meja pastu menggagau mencari sapa order ini sapa order itu. Nasib baik meja kami lulus. Ammi tengok meja orang lain dah naik hijau kuning dah muka dorang.
Selesai makan marilah kita beransur pulang. Kita niat jamak takhir jelah. Lalu lintas clear je sepanjang jalan tapi bila hampir sampai ke Pedas Linggi. Jeng jeng jeng...panjang gila jam. Dari jauh dah nampak lampu merah sepanjang-panjang jalan. Tengok Waze..haaaa tu dia. Ada accident 13km di hadapan. Ada 2 lori melintang di atas jalan.
Kalau time jam panjang ni ammi suka je baca komen-komen kat Waze. Memang boleh melawak time stress gitu?
Masa anak buah yang bekerja di Trafik hantar gambar baru sampai crane untuk mengalihkan lori-lori tu. Berjanggut weiiiii.
Sudahnya jam 11 lebih baru sampai Senawang selesaikan jamak bagai barulah gerak balik rumah. Balik rumah kena kerja lagi ditengah malam. Anak bulus sibuk mengikut ammi kesana kemari sebab lapar. Baiklah....marilah kita makan wetfood.
9 Comments
lokasinya dlm hutan...mmg wajib la ada nyamuk tu...byk juga pilihan makanan tu...ada menu set tu best juga
ReplyDeleteMenarik tempatnya dan makanan sedap. Pelayan dia mmg lupa ambil no meja eh 🤭
ReplyDeleteKitorang pun skrg ni rajin gak order set je, senang tak yah pikir nak order satu². Cepat pun iye juga... tambah² time I want nasi I want nasi 😆
ReplyDeletegigih jugak ko gi tu
ReplyDeleteBoleh terjah nanti ni..menarik..cuma bab nyamuk tu..alahai
ReplyDeleteciknur suka kedai mkn camni mesti sedapp
ReplyDeletetp nyamukk alamakk he hee
Eh..saya tertarik cara hidang miangkam tu..tak terfikir nak guna sudu tu..sudu macam tu kami panggil camca🤭
ReplyDeletenama daun tu miang kham yer hahah MZ 1st time tgk time mkn2 reunion jumaat lps..MZ tak mkn laa..my frens jer yg mkn2 daun tu hahahah
ReplyDeleteDaun kaduk boleh google.. macam daun sirih
Delete