Sabtu lepas, selepas je selesai game bola Abah, kami dinner di sekitar Kampung Baru je. Kampung Baru kan memang syurga makanan.
Abah main untuk team apa pun ammi taktau kali ni. Banyak nau team abah. Team KL ada, team sekolah Dol Said kat Melaka ada, team sekolah Vokay ada, team bank ada. Gelecek jelah bola tu...balik complain kita buat donno je. Tapi seketul abah ni kalau terkehel ke, bengkak ke dia senyap-senyap dia je. Cuba kalau ammi, kaki melecet sikit pun dah mengadu macam dah kritikal sangat.
Begitulah drama rumah tangga kami. Kalau ammi pun senyap sunyi macam abah dah orang ingat rumah orang bisu pulak. Ahaksss.
Abah decide pergi ke Warung Che Senah di Jalan Raja Mahadi je sebab kat situ macam-macam pilihan ada. Once ko dapat je table, pastu silalah juling dengan menu-menu yang setiap vendor tu bawa. Pening nak pilih makan yang mana. Ammi selalu akan macam, "korang tinggal je menu dulu, dah pilih nanti saya panggil". Ammi jadi gelisah ok bila ammi nak memilih orang menunggu macam tak menyempat tak menyabar.
Disebabkan dadek ada dengan kitorang makanya keluarga dia pun datanglah sekali join sebab nak menjemput anak bongsu mereka. Si dadek dah macam "kalau mama papa tak datang, abah bawak kita balik rumah ke?", esok papa mama jemput?"....ehhhhh bukan main suka ye kalau tak balik rumah?" Sekali bila nampak kereta papa dia masa kitoran tengah jalan dari parking ke kedai dia macam "ala... kita kena balik". Hahahha..
Papa dadek nampak menu Sarawak terus tak fikir banyak. On terus Mee Belacan dia. Eh ke mihun belacan ntah.
Ammi macam biasa kalau sampai sini mesti nak order steamed dumpling. Ammi ambil yang mixed beef & prawn kalau tak silap.
Sedapnya bila dicicah dengan chili oil. Harga untuk 12 pieces ni cuma RM18. Dia ada lain-lain pilihan dumpling yang goreng, yang steamed tapi ammi memang prefer yang steam gini.
Lebih kurang jam 12 juga kami sampai Seremban. Mandi, solat, layan kucing-kucing dulu dekat jam 2 baru ammi terlelap. Bila dah terlepas waktu tidur mulalah mata payah nak lelapkan.
7 Comments
Wahh sedapnya steamed dumpling.. Terliur plak :)
ReplyDeletesedapnya nampak dumpling tu,, yum yum
ReplyDeleteSedap tu ..mkn panas2 dumplings tu
ReplyDeleteSedap pulak nampak dumplings tu... Mi belacan? First time ni dengar ni ...nak kena Google tengok :)
ReplyDeleteHah? Sana ada dumpling? wow!
ReplyDeleteKg Baru ni tak tahan parking je.....
Tetiba terliur tengok dumpling tu
ReplyDeleteKita samaaaa kak ammi. Kalo sedang nak pesan makan, tapi si staff menunggu dekat situ, rasa tak enak hati. Seperti diburu2 kan 😄. Jadi selalu saya minta dia pergi aja dulu, nanti dipanggil kalo dah siap pesan 🤣.
ReplyDeleteLihat dumplingnya nak kepengin pula. Saya pun LBH suka dumpling steam drpd goreng. LBH sehat juga