Benda ni biasa berlaku. Lain yang kita nak sampaikan lain yang orang terima.
Lain kali kena cakap penuh, I want 4 cups of tea and 2 cups of coffee. Sebab kalau dapat waiter or waitress yang lurus memang ginilah jadinya.
Ahad lepas ammi makan di satu kedai di area rumah ammi pun jadi macam ni. Kitorang makan berempat. Air sampai 6. Agak-agak?
Order limau ais 2 (satu biasa satu tak manis)
Teh o ais limau 1
Milo ais 1
Sudahnya dia hantar semua 2-2. Ehhh ko dah kenapa? Padahal dia dah repeat order dah tu. Ke dia tulis lain dia baca lain? Pastu buat muka marah bila ammi suruh dia ambil balik air extra tu. Ko ingat perut kitorang tangki air ke apa?
Kedai ni memang confirm kitorang takkan repeat. Bukan sebab masalah air tapi sebab TAK SEDAP TO THE MAX. Kyra makan bakso, boleh tak sup tu rasa taugeh semata. Dia memang rebus taugeh masa masak sup ke apa ntah. Pastu cili bakso tu cuma pakai sos je. Aduhhhh. Cuba niaga bebetul.
Ammi order ayam penyet. Tapi yang dapatnya gini. Ini ayam goreng dengan kunyit je dik. Cuba belajar lebih sikit apa resipi ayam penyet sebenar. Jangan main letak je kat menu tapi ko belasah je semua penyek ke geprek ke ko bagi je ayam goreng kunyit ni. Dan bila dah namanya PENYEK...apa ertinya? Tang mana dipenyek?
Ok sekian membebel.
10 Comments
heheh memang patut pun u membebel kalau kualiti foodnya mcm tuuu
ReplyDeleteEh, knp nasi ayam penyet rupa gitu?
ReplyDeleteTapi yg 4 tea, 2 coffee tu, takkanlah dia sebut serentak kan.
Susah betul org mcm ni kan. Org bukak kedai makan dia pun nak bukak jugak padahal takde ilmu memasak.
ReplyDeleteko jgn sampai ko yg penyek kan....
ReplyDeleteadei la
Kualiti makanan pun dah xmacam ayam geprek tu
ReplyDeletekan...ada masa kedai tu lambt servis. tp berbaloi lah nunggu..ada masa servis cepat, tp rase ke laut dalam..hahaha...jd yg skang nie, mmg selalu akan repeat kedai sama je...
ReplyDeletekadang dah tulis pun salah. bab kurang manis satu hal.bab nak teh panas kurang manis dapat teh tarik.kenapa? kenapa? LM nak teh tu panas.bukan di tarik biar dia suam
ReplyDeletemencik kan kalau gitu, sup lak kosong mmg tak best betul lah tu kalau gitu. first n last
ReplyDeletealahaii tgk menu ayam penyek tu, napa rupa camtu..sambal pun rasanya rupa sambal penyet lain...ni lah orang nak meniaga dia nak meniaga tapi tak pandai...aihhh..bila kita komen jujur camni, tak boleh terima pulak nanti...
ReplyDeletealahai..sabar jela ya...
ReplyDeletekalau order nasi ayam, agaknya nasi dan ayam je dlm pinggan tu hehehe