Bismillah.

Cuya tinggalkan komen dan menjemput untuk ammi sertai segmen dia.  Sorry ammi lambat join sebab comment Cuya masuk dalam spam.  Mujur tergerak hati check spam box and masih sempat join lagi.  Kalau tidak...nangislah disitu.


Segmen berlangsung hingga Jumaat ni je uolls.  Cepat.




Blog yang kelakar kadang-kadang bila baca sebab orangnya kelakar.  Begitulah kadang-kadang cara kita menulis mencerminkan diri kita.  

Suka baca blog Cuya ni sebab setiap posting ni mesti beserta dengan drawings.  Orang bersenilah katakan.  Kalau ammi suruh lukis garis lurus pun boleh jadi bengkok.  Orangnya juga kreatif dan ammi pernah dapat hadiah lukisan daripada Cuya.  Makanya hadiah tu jadilah profile picture ammi di Twitter.  Eh sekarang dah X.

Blognya juga jadi tempat Cuya menulis review tentang buku bacaan, tempat dia menyimpan hasil penulisan kreatif dia.  

Dan yang penting, Cuya rajin tinggalkan jejak di blog kengkawan.  Bukan macam ammi ni.  Nak BW pun kadang-kadang sendu.


Syarat ketiga juga minta kita buat review pendek mengenai 2 blog pilihan.  Ammi pilih blog MamaCella dan Dana.

Ammi mula follow blog ni dari zaman anaknya Cella menulis.  Sekarang maknya pulak take over...makanya lagi banyak resipi-resipi yang ammi kaut dari situ.  Agak-agak weekend waktu ammi kena masuk "konti" tak ada idea nak masak ammi godek dulu blog mamacella dan cari resipi.  Walaupun tak pernah nampak rupa mamacella..tapi rasa dekat je dengan beliau.


Blog yang banyak bercerita tentang anak istimewanya.  Rasanya mula follow Dana pun sebab Aiyan.  Pastu dalam blog dia juga sikit pun banyak resipi yang mudah.  Ye penting tu resipi yang mudah dan sedap.  Dana rajin bercerita tentang bunga-bunganya, tanamannya, kucingnya dan ukhwah dia dengan adik beradik dia sangatlah rapat.



Semoga Cuya terus maju jaya dalam segala apa yang diusahakan.