Ini kamus pertama ammi. Maksudnya kamus pertama hakmilik ammi. Sebelum adanya kamus ni kami berkongsi kamus dengan adik beradik.
Tanggal 25.7.1993, along hadiahkan ammi dengan kamus ni. Along baru berusia 18 tahun waktu tu dan ammi pulak 14 tahun. Ammi pun lupa atas sebab apa along hadiahkan kamus ni. Sempena dapat kerja kot.
Punyalah sayang kat kamus ni siap berbalut bagai. Balut pun tak pakai pembalut buku biasa sebab dah tak ada kat rumah. Guna je plastik apa ammi pun tak ingat. Janji berbalut.
Inilah kamus yang ammi bawa sampai ke ITM. Bawa juga masa bekerja.
Masa awal-awal masuk hostel, inilah bahan bacaan ammi. Nak baca novel macam orang lain ammi tak ada. Jadi ammi baca kamus. Tapi sampai sekarang vocab takat tu juga.
Ammi lupa nak snap gambar dalam kamus ni sebab ammi dengan gigihnya buat separation between letters. A, B, C. Potong guna blade je.
Dah kabur dah tulisan tangan kawan ammi masa di Seroja 3 dulu. Dia tulis "kamus yang bau ubat!" hahahha.
Dulu ammi selalu sakit belakang. Siap pernah pergi fisioterapi kat Hospital Besar Seremban lagi masa zaman sekolah. Sakit yang nak tidur telentang tak boleh, mengiring tak boleh. Jadi arwah mama bawa ammi ke kedai ubat cina. Tabib tu bekalkan ubat tampal belakang yang ada bau herb cina la. Selesa lepas pakai tu...walaupun panas dan agak kuat bau ubat dia. Memang melekat kat baju, kat beg baunya.
Dan kawan ammi nilah yang akan datang ke bilik tiap malam tukarkan koyok yang ditampal di belakang. Buang-buang kesan-kesan plaster, pastu tampal yang baru. Thank you so much Cipan! Dah jadi pensyarah yang bertitle Doctor dah pun sekarang. Ammi? Ye masih disini.
10 Comments
Pernah jumpa kamus ni jaman sekolah dulu
ReplyDeleteAntara yang saya teringin sangat zaman sekolah tapi tak mampu beli...
ReplyDeleteBila dah kerja mampu beli...tak mampu nak study la pulak..( alasan orang malas)🤣
kamus legend nih., hehehe, jamni budak2 dh pakai kamus cmni, semua dihujung jari kannns., ;p
ReplyDeletemenggamit memori gitu :) how time flies kan
ReplyDeleteSimpan ni... berharga!
ReplyDeleteSekarang semua guna kamus kat fon je....
Sama la kamus kita :)
ReplyDeleteSampai skrg masih ada...
Tak kisah dimana kita berada, janji we are happy & contented with our life kan Ammi : p
wah...ada lagi tu..caya la. aku buku yg paling lama pun..zaman uitm je kot ada
ReplyDeleteSA pun ada kamus legend..turun temurun ye..tapi guna bila perlu je..hahaha
ReplyDeleteuishhh.. hebat baca kamus tu.
ReplyDeleteDulu tak mampu nak beli huhu
Hebaat masih kakak simpan. Saya ntah sudah kemana 🤣. Yg skr ini edisi terbaru dah makin tebal kan, Krn vocab nya juga bertambah 😂. Untunglah dah ada e-dictionary.
ReplyDeleteTapi saya selalunya sukaa dengan aroma kertas lama 😁