Hari Isnin Ozil ada assignment perlu dihantar untuk subjek Bahasa Arab.  Mu'alimah beri masa seminggu untuk siapkan projek Kamus Bahasa Arab.  Perkataan yang dipilih haruslah dari bab 1 hingga bab 3 buku teks.  

So, ammi cakap kat Ozil.  You choose 5 words from each chapter.  Maka terhasillah kamus yang entah apa rupa ni.

Dia beriya nak buat kamus bentuk strawberry.  Ehhhh, kita mula hari Sabtu.  Hari Isnin nak hantar.  Pastu kita nak pergi berfun walk.  Awak nak main bola.  Kita buat yang simple-simple je sudah.  Sebenarnya mak dia macam buntu macam mana nak jadikan bentuk stoberi tu.  Ahaksss.. nasiblah dapat mak yang level kreatif dia tinggi sikit je dari tumit.  


Suruh tekap mangkuk pastu potong pun senget benget.  Acaner ni Ozil?

Masa letak kat sini baru ammi perasan.  3 dia terbalik.  Haritu pun ammi perasan dia ada masalah terbalik dalam menulis.  Penunu Bunsen.  Jadi Peunun.  Bila ammi suruh dia sebut betul dia sebut penunu...tapi bila tulis jadi PeUnUn.  No. 9 jadi 6 tu memang biasalah. K dan J terbalik pun selalu.

Heyyyyy...Disleksia kah?  Tapi dia tak ada masalah pembelajaran macam slow learner ke apa.  Cuma masalah terbalik masa menulis je.  Camna ni?  Perlu bawa jumpa doktor ke?


Ada kecik ada besar hasil potongannya.  Nasiblah disitu.


Kita main warna, gunting dan tampal-tampal jelah.  Tengah-tengah menampal gam pulak habis.  Memang habis to the max.  Ammi biasanya memang beli stationery extra.  Eh yang extra pun gone.  Ni mesti kes asal hilang je dia ambil baru sudahnya yang standby punya dah takde.  Tak pasal-pasal kena tunggu abah gi beli gam pastu sambung semula.


Masalah dia ni...bila dia buat kerja ammi pun kena duduk menghadap kat depan dia.  Bila kita bangun je dia pun mula capai remote on TV.  Bila dah on TV mulalah mata fokus kat TV je.  Geram pulak kita.