Ammi pernah suka makan kuih ni. Lepas tu kuih ni dilupakan begitu sahaja.
Tapi rasanya minggu ni dah 3 hari berturut-turut ammi beli kuih ni kat gerai di bawah LRT Pasar Seni. Tidaklah sedap mana sebab luarnya agak liat...tapi ammi tetap beli. Lama-lama rasa liat tepung diluarnya tu sedaplah pulak.
Ammi tak ingat apa nama kuih ni. Rasa macam pernah tau tapi tak boleh nak recall. Itulah masalah saya dengan nama sesuatu benda. Kadang-kadang nama orang pun boleh lupa. Nama anak memang dah selalulah lupa sampai kadang-kadang Ozil cakap "Ini Alip ammi...bukan Apil". Ohhh Apil itu kucing. Ahaksss..kucing pun confuse ammi ni panggil-panggil aku nak bagi makan ke?
So, minggu ni memang tiada Intermittent Fasting. Lapar yang melampau-lampau diawal pagi. Dalam bus mujur juga mengantuk menguasai diri jadi otak tu divertlah juga.
Ya Allah, otak masih ligat mengingat nama kuih ni. Apa namanya korang? Please ingatkan balik. Ada kacang hijau kat dalam ni.
14 Comments
Itu nama nya kuih kasturi.org dulu2 panggil kuih rengas
ReplyDeleteKuih feveret abah Ahnaffea tu..kuih kasturi namanya. 😊. Tapi saya tak berapa suka 😂.
ReplyDeleteRasanya kuih Kasturi tu Ammi...ke salah?hihi
ReplyDeleteKuih kasturi ye Ammi? Saya kurang minat kacang hijau ni 😅
ReplyDeletekuih kasturi tu...kita suka tp tk smua tmpt sedap org jual...nasibaik area umah ada yg jual sdap..suka kulit yg garing crispy....kalo jenis liat mkn inti je la haha
ReplyDeleteaku panggil kuih kasturi..or nak senang panggil kuih kacang hijau pun aci jugak.. he he..
ReplyDeleteemm, sama kopi tu.. :-)
Kuih Rengas@kuih kasturi@ kuih kacang
ReplyDeletekuih kasturi kut. Sedap ni
ReplyDeleteKuih kasturi...x pun SA panggil kuih kacang je
ReplyDeletesedapnya kuih kasturi...
ReplyDeleteRamai dah tolong habaq....mai nak tambah 1 nama lagi...Kami panggil "coq kacang"
ReplyDeleteKuih kasturi
ReplyDeleteada org panggil kuih kacang, tp MZ panggil kuih kasturi. MZ pun suka kuih ni..kdg2 beli jugak kat cafe UIA
ReplyDeleteSaya tahu kue nya tapi juga tak tau nama kak 🤣🤣. Jadi tahu setelah baca komen2 lah. Sukaaa kue ini tapi memang kadang beda seller, beda rasa. Susah cari yg enak.
ReplyDelete