Teringat pengalaman di awal perkahwinan. Ammi pernah menangis sebab Ammi tak biasa dengan cara hidup Abah. Ammi ni dibesarkan dalam keluarga yang agak "cerewet". Aca orang yang sangat particular bab susun atur, bab kebersihan, bab pengurusan diri dan masa. Tidak ada erti ambil barang di tempat A dan letak di tempat B. If you take it from A you have to put it back at A. Begitulah.
Masa awal kahwin, ammi agak terkejut sebab abah spesis yang balik buka baju terus je letak di kerusi bukan di bakul baju kotor. Kasut tak bersusun di rak, tuala tak digantung secara simetri depan dan belakang. Kalau ammi minta kemas katil, sangat alakadar. Benda-benda ni memang nampak kecil tapi pada ammi sangat besar. Ammi jadi penat dengan benda kecik-kecik ni.
Kalau basuh pinggan macam tak berapa nak bersih, lepas pakai kuali tak basuh. Sangat stress.
Ada sekali tu ammi masa kat Seremban ammi mengadu kat arwah mama sebab entahlah masa tu rasa macam berat sungguh dada nak hadap perkara ni. Ammi muda lagi kot masa tu. Hati nak marah je selalu. Ayat mama adalah "dia memang bukan suami yang sempurna, kau sempurna ke?". Ahakssss sedas mama kasi. "Dia tak mengemas macam Aca tapi dia bagi kau cukup makankan? Dia bagi segala apa yang kau nak kan? Dia hormat mama, dia tak pernah tinggi suara dengan mama dan mama tengok dia tak pernah pun tinggi suara dengan kau".
"Ingat dia membesar tanpa mak. Mak dia meninggal masa dia kecik. Tak ada siapa dalam rumah dia nak cakap benda ni boleh buat, benda tu tak boleh buat".
Begitulah lebih kurang ayat-ayat mama. Bersyukurlah Allah berikan ammi mama yang jarang nak "backing anak sendiri" bila anak mengadu. Dari kecik ok. kalau mengadu confirm mama bersoal jawab dulu.
Lepas pada tu ammi ni tiap kali nak marah mesti terbayang dia masa kecik takda mak nak tegur kesalahan dia. Lama-lama jadi redha.
Dan sekarangggggg...walaupun anak-anak ammi ada MAK yang masih hidup tapi dorang terikut-ikut cara Abah. Acaner ni? Stress weeiiiiii. Ambik ketip kuku kat tempat ketip kuku pastu letak kat rak tv. Aishhhhh. Kasut tak reti nak susun kat rak. Ammi ke silap disiplinkan dorang masa kecik?
11 Comments
ammi kena la nasihatkan anak2 n suami dgn cara lembut..Insya Allah lama2 mrka akan faham n buat spt yg Ammi mahukan. Bykkan bersabar ye..
ReplyDeleteHahahaha! Baru nak touching baca part atas tu, sekali bila baca ayat last tu tergelak dibuatnya!
ReplyDeleteBetul, anak2 ni lebih mencontohi bapak dari mak dieorg 😅
hahahah sabarla ammi oi, ingat pesan arwah mama, takde orang yang sempurna heehehe. Kadang kita kene suruh kene pesan insyallah anak-anak akan paham,. Mereka pun tak sanggup nak hadap singa je tiap hari hahahah
ReplyDeletebetul ammi.. mama dulu pn lebih kurang. ambil masa bertahun2 baru betul2 serasa. sebab tu perlukan kesabaran dan kesepakatan 2 pihak kan
ReplyDeleteini cara macam saya ler... Tapi ada masa macam tu.. tapi ada kalnya kalau kemalasan melanda.. biarlah kat situ nanti buat kemudian.. ahaks :)
ReplyDeletetiba2 Linda terus teringat, apa yang paling susah masa mula2 kawen...hahaha...
ReplyDeletesama la wei...aku pun. ajar dr kecik dah rasanya but besar mcm tu la jugak...
ReplyDeleteBiasa kita akan diduga dengan apa yang kita kurang suka
ReplyDeletekita ber kompromi apa yg patut insya Allah aman2 tenang jerrrr
ReplyDeleteSejak saya bekerja dari rumah, hidup saya berubah serta merta. Saya urus masa sebaiknya.
ReplyDeleteBegitu juga dalam bab mengemas, mesti teratur. Meja makan perlu bersih (kalau ada yang tumpah, perlu lap untuk elak semut/lalat). Air sedikit walaupun tumpah, perlu cepat2 lap (nak elak tergelincir).
Saya sejenis prevention dulu. Semua barang saya dah susun dan perlu letak kembali selepas guna(nak elak, payah cari).
Bila kita sejenis macam ni, dapatlah dugaan dan cabaran daripada suami & anak2.
Saya terangkan pada mereka, kenapa perlu sidai tuala? Kenapa lepas mandi pakaian perlu masuk dalam bakul? Mcm2 lagi lah.
Awalnya saya sangat stress. Satu je saya cakap pada mereka, mudahkan keje Mama, Allah akan mudahkan keje korang. Mama bibik 24 jam di rumah. Benda-benda kecik macam ni la sangat memenatkan bagi org macam kami.
Rumah bersih, kemas dan teratur sangat selesa. Hati pun tenang.
Setuju sekali, tidak ada yang sempurna di muka bumi ini ya Ammi. Boleh jadi ada suami yang sedemikian rapi dan bersihnya dalam keseharian, tapi suami itu pasti punya kekurangan di hal lain.
ReplyDeleteSama kayak kita sebagai istri, pun juga tak sempurna, bahkan ketika kita merasa jauh lebih baik, sesungguhnya itulah ketidak sempurnaan kita :)